Solat Hajat itu adalah untuk berdoa hajat kepada ALLAH SWT supaya memberi petunjuk siapa antara mereka sebenarnya yang pembohong & penipu.
Adakah Anwar berani menyambut cadangan ini? dan moga ALLAH melaknat sipembohong & penipu itu malam itu juga.
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
1. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. 2. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. 3. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat hajat ini diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Maja. Hadith ini agak lemah tetapi sedikit sahaja: hadith sedemikian dilakukan bagi ibadat (fada’il al-a`mal) melalui persetujuan umum oleh ulamak mazahab Sunni][1]
No comments:
Post a Comment