"Berlakon sebijik macam Anwar" itu reaksi orang ramai bila menyaksikan gambar seorang pelajar pro pembangkang terbaring di katil hospital 'kononnya' dicederakan polis di Tanjung Malim semalam.
Di laman-laman sosial macam facebook dan twitter, ramai yang pakat gelak tengok gambar berlakon tak jadi itu, sebab mula-mula macam 'nazar' sangat, tapi pada Ahad sekeping gambar lagi nampak ketawa riang.
Memang sah 'auta'. Sebab sebelum itu riuh puak-puak pembangkang menjerit kat facebook dan twitter kata mahasiswa nazar kena pukul dengan polis. Padahal yang sebenarnya cedera sebab rempuh pintu kaca sebuah klinik masa hendak melarikan diri bagi mengelak ditangkap polis.
Kejadian di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI) semalam memang sudah dijangka sebagai sebahagian dari rancangan nak buat gamat menjelang keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
Bagi yang ikut perkembangan politik dua tiga tahun terakhir ini, memang kenal sangat gaya pembangkang mencipta isu, mereka akan bermula dengan secara sengaja langgar undang-undang, kemudian apabila tindakan diambil pihak berkuasa, mereka berlakon jadi mangsa dan akhirnya pakat-pakat tuduh kerajaan zalim.
Ia dah jadi modus operandi pembangkang termasuk kejadian di UPSI semalam.
Kisahnya bermula apabila sekumpulan mahasiswa yang mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta PKR buat satu perhimpunan haram di luar pagar universiti tersebut.
Lebih 70 orang yang kebanyakkannya mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang bukan sahaja tidak mahu bersurai bila diarahkan polis, bahkan ada di antara mereka sampai baring di tengah jalan semata-mata untuk menarik perhatian.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua individu akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim pada Ahad.
Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.
Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.
"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.
Jelasnya lagi, pihak berkuasa percaya kejadian semalam didalangi pihak 'tertentu' berdasarkan cara pelajar tersebut 'melawan' arahan polis dengan agresif sekali.
"Saya percaya pastinya pihak tertentu di sebalik penganjuran perhimpunan itu, kita melihat cara pelajar agresif dalam ucapan, cara mereka bertindak... hingga sanggup tidur di atas jalan yang saya anggap keterlaluan hingga menyebabkan polis terpaksa buat tangkapan.," jelasnya.
Salah seorang yang ditahan adalah Adam Adli, budak UPSI yang sebelum ini bikin panas apabila menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan UMNO PWTC.
Menurut Mohd Shukri tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.
Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.
Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.
Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.
AYATHELME AGENDA DAILY..
MKP kata:Depa nie tiru sebijik macam mentornya al-juburi.Dah kantoi dan rakyat majoritinya gelak melihat apa yang mahasewel nie dok buat.Jika ini berterusan bagus jugaklah kerana ini akan memberikan rasa kebencian terhadap PKR dan mahasewel mencari publisiti murahan untuk mendapat simpati rakyat.Adam adli dok rasa ramai mahasiswa menyokongnya padahal yang hadir cuma 50 orang.Adam patut kira secara keseluruhan UPSI tak sampai 00.1% yang menyokongnya.Klu nak kira suara yg silent majoriti sure dia akan dikambing hitamkan lepas nie.adam,anda telah berjaya diperbodohkan oleh Chegu Bard dan rakan-rakan untuk mencapai kepentingan politik mereka.
No comments:
Post a Comment