Sunday, November 3

APA PULAK @MukhrizMahathir BUAT NIE.... #PRKSgLimau


Kalau tak menang lagi pada PRK Sungai Limau pada kali ini memang tak tahu nak cakap apa dah. Kesungguhan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir berkempen memang MKP puji habis sanggup berpanas dan berhujan. Cuaca di Sungai Limau tidak menentu pagi hujan, tengahari panas terik dan petang kembali hujan. 

MKP dah berkampung disini sejak hari penamaan calon hingga kehari nie. Kebetulan hari ini adalah hari terakhir berkempen dan hari penentuan adalah esok pengundi N20 Sungai Limau memilih pemimpin yang menentukan masa depan mereka.

Mukhriz Mahathir memang bertungkus-lumus memastikan setiap jentera dan pengurusan kempen berjalan lancar.Jentera Barisan Nasional dari setiap negeri dan tempatan masuk kepelusuk kampung memastikan penjelasan serta menjawab tomahan yang dilemparkan oleh PAS dan pemimpin pembangkang.


Desas desus yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau meleset, apabila beliau dilihat menghadiri mesyuarat jentera pilihan raya Barisan Nasional di sini, sebentar tadi.

Mesyuarat yang dipengerusi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhenti seketika untuk menghormati kehadiran Mahathir yang memakai topi lambang BN.

Sebelum ini MKP tertanya-tanya kerana sepanjang 11 hari tempoh berkempen kelibat beliau tidak kelihatan.

Ada sumber memberitahu bekas Perdana Menteri itu dinasihatkan supaya tidak turun berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan alasan pengundi di sini tidak dapat menerima kehadirannya.

Bagaimanapun teka teki itu terjawab apabila Mahathir turun ke DUN itu pada hari ini.

Beliau akan melawat penduduk di beberapa tempat tanpa berucap.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive