RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Tuesday, November 5
UMNO JANJI DONIA, PAS JANJI SYURGA.......@KhairyKJ @MukhrizMahadir @NajibRazak #PRKSgLimau
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sudah diumumkan. Calon Pas, Mohd Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperolehi 10,985 undi.
Hanya 1,084 undi melebihi calon Pas dengan 145 undi ditolak, atau istilah dahulunya dipanggil undi rosak.
Walaupun UMNO dan BN akur dengan kekalahan itu, tetapi pada masa yang sama mereka mendabik dada mengatakan telah berjaya sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti Pas, hakikatnya, adat bertanding, lebih satu undi pun sudah dikira menang.
Yang menang dinobatkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang kalah berputih mata, kerana hendak mendapatkan semula jawatan yang `terlepas' itu memerlukan masa sekurang-kurang empat tahun lagi, itu pun terpaksa bekerja keras.
Mungkin pada PRK ini UMNO berjaya mendapat jumlah undi lebih sedikit berbanding yang diperolehi calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) Mei lalu, tetapi belum tentu PRU-14 nanti jumlah undi terus berpihak kepada BN.
Kalau itu formulanya, UMNO dan BN hanya akan dapat merampas kerusi DUN Sungai Limau pada PRU-15, iaitu lapan atau 10 tahun lagi dari sekarang, tetapi apakah UMNO yakin ‘trend’ seperti hari ini kekal pada penggal akan datang.
Pada PRU 13 yang lalu, calonnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak (Allahyarham) mendapat 13,294 undi, manakala lawannya dari BN, Mohd Fazillah Mohd Ali 10,520 undi dengan majoriti 2,774 undi.
Itu pun DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila dua calon Bebas iaitu Abdullah Hashim mendapat 100 undi dan rakannya, Sobri Ahmad memperolei 84 undi.
Jika dua penjuru sekali pun BN tidak dapat mengatasi jumlah yang diperolehi Azizan kerana DUN Sungai Limau adalah kubu kuat Pas sejak lima penggal lalu dan bersambung lagi untuk penggal keenam kali ini.
Berdasarkan beberapa faktor yang berlaku, rata-rata menganggap BN akan menang. Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lima kali turun dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tiga kali turun berkempen, turut memberi keyakinan itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang turun saat-saat akhir juga memberi keyakinan BN akan menang. Tetapi, keputusannya di luar dugaan sama sekali.
Dari segi kempen, UMNO dan BN tidak sepantas dan secekap Pas. Selepas penamaan calon di Dewan Dato’ Madi, Yan pada 23 Oktober lagi, jentera Pas diketuai Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar BN sudah memanas enjin bertemu pengundi.
Hari pertama kempen, calon Pas mengadakan lawatan ziarah bertemu peniaga kecil dan orang ramai di setiap Pekan Sehari dalam DUN Sungai Limau, manakala UMNO dan BN masih bermesyuarat.
Bagi calon Pas, di mana sahaja ada Pekan Sehari termasuk Pekan Nat, beliau bersama jenteranya turun meredah panas dan hujan. Begitulah sehingga pada hari akhir kempen. Tidak ada ceramah besar-besar. Tidak ada program merasmikan itu, melancarkan ini.
Mereka dengan ‘steadynya’ naik rumah ke rumah, menyelurusi kedai ke kedai bertemu, bersalam dan beramah mesra dengan pengundi. Mereka hanya menaiki kereta buruk dan kadang kala motosikal.
Jentera BN yang diketuai Muhyiddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya nampak bergerak pada hari ketiga kempen. Itupun ala-ala Pas, melawat Pekan Sehari.
Kedua-dua pihak mula masuk gear lima pada tiga hari terakhir. Tidak sedikit menteri, timbalan menteri, Naib Presiden UMNO (kecuali Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan pemimpin negeri datang ‘membantu’ Mukhriz dan Dr Ahmad Sohaimi.
Artis juga diheret turun padang membantu kempen bagi pihak BN. Mereka ialah Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ramli, AR Badul, Abon, Maznah Hamid dan penyanyi Hail Amir. Mereka dibawa berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk.
Muhyiddin setiap kali turun ke Sungai Limau, tidak pernah datang tangan kosong. Ada-ada sahaja diluluskannya. Pihak sekolah minta belanja untuk baikpulih, beliau luluskan RM1.2 juta. Seorang dua masyarakat Cina minta peruntukan untuk tingkatkan pembelajaran di sekolah, beliau meluluskan RM2 juta.
Apabila turun ke sebuah sekolah pondok di Bukit Choras dan melihat bangunan pondok itu belum siap dibina, beliau meluluskan peruntukan segera berjumlah RM300,000. Malah ke mana saja program yang dihadirinya, ‘berketul-ketul’ duit akan jatuh di situ. Betapa mewahnya janji BN.
Sedar tidak sedar, selepas habis tempoh berkempen, jumlah keseluruhan yang diluluskan Timbalan Presiden UMNO itu RM15.15 juta, termasuk pemberian rumah baru kepada keluarga miskin, membaikpulih kediaman daif, bantuan segera seperti membiayai perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.
Malah, seorang penduduk di Simpang Tiga Sungai Limau mendapat layanan paling istimewa daripada seorang menteri. Makcik itu yang menerima kunjungan menteri berkenaan menggunakan peluang itu meluahkan isi hatinya yang gundah gulana untuk mendapatkan sejumlah kos bagi membiayai persekolahan anaknya.
“Makcik tak tahu nak dapatkan duit di mana… minggu depan Siti dah nak masuk u (universiti), duit tak ada sekupang pun,” luah makcik yang dikenali sebagai Limah itu kepada menteri berkenaan dalam loghat Kedah yang pekat.
Tanpa bercakap panjang, menteri berkenaan mengarahkan pegawainya menghulurkan wang sebanyak RM5,000 seperti yang dinyatakan makcik itu kepadanya. Hebat makcik itu meraih simpati. Siapa sangka dalam sekelip mata dia mendapat RM5,000.
UMNO dan BN tidak dapat lari daripada menganjurkan program. Seolah-olah tidak lengkap pilihan raya bagi parti itu jika tidak ada program besar-besaran yang menghabiskan kos beratus ribu ringgit.
Mereka anjur Karnival Rakyat. Mereka anjur program ramah mesra dengan memasang khemah besar-besaran. Sedangkan Pas hanya berbumbungkan payung untuk memancing undi. Mereka tidak perlu menjanjikan apa-apa pembangunan kerana rakyat sudah mendapatnya daripada UMNO dan BN.
Mereka hanya menggunakan modal air liur dengan menjaja agama.
“Kita sudah dapat pembangunan (dunia) yang dijanji dan dibawa masuk oleh UMNO. Sekarang kami (Pas) datang untuk melengkapkan hidup kita sebagai orang Islam, iaitu akhirat,” kata seorang pemimpin Pas.
Apa yang dilakukan oleh Pas sangat berkesan dan berjaya. Strategi mereka tersusun. Setiap jam 11 pagi mereka balik ke Pejabat Pas Kawasan Sungai Limau untuk mengadakan sidang media. Segala maklumat yang mereka kumpul pada hari semalam, mereka luahkan kepada media.
Pemimpin kanan UMNO dan BN juga mula turun berperingkat-peringkat ke Sungai Limau. Yang kelihatan acap berada di kawasan ialah Datuk Seri Mohd Shafe Apdal, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Namun wajah atau kelibat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein langsung tidak kelihatan (melainkan pada hari penamaan calon). Ini persoalan yang timbul. Adakah beliau mahu membalas dendam kerana semua Bahagian UMNO di Kedah tidak memberi undi kepadanya pada pertandingan jawatan Naib Presiden? Atau beliau ‘honey moon’ di luar negara? Atau beliau tidak perlu datang membantu kempen kerana DUN Sungai Limau tidak mempunyai anggota tentera?
Jelas Hishammuddin bukan pemimpin ‘gentlemen’. Dendamnya terhadap Mukhriz agak melampau. Seorang pemimpin yang berada dalam rangking ketiga dalam parti telah menunjukkan kepimpinan tidak baik kepada ahli serta penyokong.
Pemimpin lain juga dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam kempennya. Mereka datang hanya sekadar untuk memenuhi kedai makan, berbual dan lepak di hotel dan Bilik Gerakan, sehingga kadang-kadang meluat melihat gelagat mereka.
Di tangan masing-masing ada gajet canggih. Jari memetik keypad memaparkan status di laman sosial Facebook memaklumkan mereka kini berkempen dari rumah ke rumah dan macam-macam lagi, walhal, mereka berada di kedai kopi atau hotel.
Ini adalah hakikatnya/realiti barisan Exco Pemuda UMNO yang menang pada pemilihan 2013. kehadiran mereka pada PRK kali ini agak mengecewakan, mereka hadir dan berlakon bila ada "Chief" Khairy Jamaluddin. Bila Chief cabut semua Exco pun menghilangkan diri.
Berbeza dengan Pas. Parti itu tidak memerlukan pemimpin dari luar kerana bimbang yang datang itu tidak memahami adat dan budaya penduduk tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2013
(1132)
-
▼
November
(69)
- Persidangan #MahasiswaNasional, Usaha Mantap Datuk...
- ADUN MAIN HANDPHONE DAPAT ELAUN LEBIH.........
- Setpol Khalid Ibrahim Membodohkan Azmin #Sarkas
- Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa @Ra...
- @KhairyKJ Cari Pasal Ngan MB Ganu @dsahmadsaid
- VIDEO : NASIB MELAYU PULAU PINANG DITINDAS...........
- RASUAH DAN GULA-GULA #PRKampus #WeCare #UM @razali...
- KAKITANGAN MPPP MENGAMUK PASAL "KUCING KURAP"
- WAYANG TERBARU DARI #PRKampus #WeCare #UM
- VIDEO: Rais Yatim dibayar RM100,000 Nyanyi Sebuah ...
- ADUN PENANTI LETAK JAWATAN ..... #PRKPENANTI PULAK
- Media UMNO bunuh ulama Pas?
- MATLAMAT KUBURKAN PAS OLEH KAKI JILAT BERJAYA......
- KAKI JILAT BURET PUN MENANG.........
- KAMBING HITAM LETAK JAWATAN DEMI RIBUT DIDALAM CAWAN
- SALAH CETAK NAMA CALON AJK PAS PUSAT........
- PAS TETAP MENJADI ANJING DAP SELAMA-LAMANYA
- @KhairyKJ JUAL AYAM PERCIK TEPI JALAN PULAK......
- BLOGGER UMNO PULAK YANG KENA........
- PAS PULAU PINANG LETAK AKAI KAT LUTUT RUPANYA......
- PAS GILA JAWATAN, UMNO PULAK TOLONG PROMO........ ...
- KORANG TAK BAIK BALING CAT KAT MUKA @cmLimGuanEng
- PAS PULAU PINANG DILAYAN MACAM ANJING KURAP...... ...
- MENTERI BARISAN NASIONAL YANG BER-OTAK SELUT.........
- JEFF OOI GELAR PENGUATKUASA MELAYU "KUCING KURAP"
- BELAKANG PINTU TAK SELESAI LAGI, JANGAN MIMPI NAK ...
- 10 TAHUN WAYANG KULIT TUAN GURU NIK AJIS, SAMPAI B...
- Presiden KP1M Cedera @AzeezPutera @NajibRazak @His...
- @KhairyKJ HILANG TELOQ BILA @weekasiongmp BERSUARA...
- PENAFIAN @PDRMsia SERBUAN KEDAI MAKAN @Zahid_Hamidi
- GANTUNG KERANA MENIPU.......
- SUDAH PANDAI BOGELKAN SESAMA SENDIRI.......
- TERKINI : MISI KP1M #Tyfoon #Haiyan @AzeezPutera @...
- ADUN PENANTI BUANG GAMBAR ANWAR IBRAHIM PADA 4WD....
- TERKINI: MISI KELAB PUTERA TERKANDAS DI LABUAN.......
- BILA ORANG PANDAN MENGAMUK RAFIZI JADI PONDAN........
- ISMA ada bukti Marina Mahathir sokong COMANGO
- @KhairyKJ JANGAN KURANG AJAR @CTNurhaliza11
- PAPA GAGAL KAWAL BERPECAH SEMUANYA................
- KAK IJAT COME-ON LAH CERDIK SIKIT..........?
- Siapa Yang Sedang Mencaturkan PAS
- PENIAGA PASAR CINA DIDAJALKAN OLEH DAP/MPPPP
- Pengawal keselamatan dipercayai cuba larikan diri ...
- PENGAWAL KESELAMATAN BUNUH NORZITA BERJAYA DIBERKA...
- DALANG COMANGO DIDEDAHKAN............?
- Mana Pergi Tabung Sumbangan Wira Lahad Datu, Kenap...
- SEMAKIN GOYANG SEMAKIN GOYAH NAMPAKNYA...........
- @cmlimguaneng Rembat Wang Kerajaan Negeri
- VIDEO BANGLA DITANGKAP........ PENANG TAK SELAMAT....
- KARPAL SINGH CELUPAR UNTUNGKAN MAHFUZ DAN ANWARINA...
- USTAZ AZHAR IDRUS RABA AJAK BERZINA GADIS SUNTI......
- UMNO JANJI DONIA, PAS JANJI SYURGA.......@KhairyKJ...
- BARISAN NASIONAL KALAH #PRKSgLimau...
- VIDEO : EXCO WANITA MENGADU PADA @MukhrizMahadir D...
- @WanitaUMNO DIPUKUL PEMUDA PAS.... #PRKSgLimau
- MALAM TERAKHIR #PRKSgLimau
- LIVE STREAMING : PAHANG Vs KELANTAN PIALA MALAYSIA
- UMNO RASUAH PENGUNDI SURUH KALIH......... #PRKSgLimau
- APA PULAK @MukhrizMahathir BUAT NIE.... #PRKSgLimau
- VIDEO : Rakaman Phahrolrazi catur jatuhkan Azizan ...
- PAS KELANTAN BUAT KACAU #PRKSgLimau
- PROVOKASI MELAMPAU!!! NANTI ADA YG KENA TERAJANG.....
- KANTOI !!!!! KENAPA INI JUGAK DICARI @MukhrizMahad...
- SUSAH BILA OTAK DAN BENIH PADI BERADA DI LUTUT.......
- EKSLUSIF : DUIT KUTIPAN DERMA CERAMAH ANWAR IBRAHI...
- GEMPAQ :PERISIK PAS MASUK PROGRAM UMNO KANTOI!!! P...
- ANWAR CETUSKAN PERGADUHAN SESAMA MELAYU #PRKSgLimau
- KENAPA @MukhrizMahadir SAMPAI MACAM JADINYA..........
- AMBOI ROMANTIK PASANGAN NIE SEMPOI #PRKSgLimau
-
▼
November
(69)
3 comments:
Azeez rahim punca kekalahan BN di Sungai Limau, Semuanya gara-gara susu basi yang diedarkan.. ni lah yang dikatakan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga", orang macam azeez rahim ni patut ditukar ganti dengan yang lain..
http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/11/azeez-rahim-susu-basi-punca-bn-kalah-di.html
Atau mgkin tpm tersilap cakap mengenai kencing manis dan kaki ostad yg d gantong d pokok2?. Kita trima dgn hati yg terbuka dan buat yg terbaik lain kali in sya Allah.
Salam...
Keputusan telah nyata memihak kepada PAS . Dimana kedudukan UMNO dgn menabur banyak 15 juta lebih. Hasilnya sungguh mengecewakan pada saya UMNO masih tidak belajar dr kesilapan. Apa yg org MELAYU MaHU masih tidak boleh dibaca.........sekrg org melayu pandang apa yg UMNO BOLEH BaGI utk AHiRaT!!!! Susah sgt ke nak paham wahai pemimpin pemimpin UMNO. Sekian terimakasih.
Post a Comment