RAPID

Sunday, November 3

PAS KELANTAN BUAT KACAU #PRKSgLimau


Jentera Pas di Sungai Limau kini dikatakan menghadapi krisis apabila berbalah sesama sendiri menjelang hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beberapa hari lepas, bertempat di Kampung Pulau Emas, Sungai Daun dekat sini, jentera Pas tempatan dilaporkan bergaduh dengan jentera parti yang sama yang dibentuk oleh Pas negeri-negeri yang turun membantu Pas Kedah sepanjang kempen.

Menurut sumber,  seorang pemimpin Pemuda Pas cawangan  di Kampung Pulau Emas dimarahi oleh sekumpulan ahli jentera Pas yanag datang dari luar terutama Pas dari negeri Kelantan.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca kerana jentera parti itu yang datang dari negeri luar seolah-olah cuba mengawal ahli-ahli Pas di Kedah dan ia tidak dapat diterima.

Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP.

Untuk rekod, rata rata ahli Pas di Sungai Limau menolak DAP dan kerana pengaruh parti sosialis itu hampir tidak ada dalam Pakatan Rakyat yang diterajui Pas di Kedah.

Difahamkan, ia juga ada kaitan dengan puak-puak dalam Pas yang mana Pas dari negeri-negeri luar dikatakan dikuasai golongan Wahabi manakala Pas Kedah utuh dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive