Monday, November 4

@WanitaUMNO DIPUKUL PEMUDA PAS.... #PRKSgLimau


Wanita UMNO ditumbuk dimuka oleh penyokong tegar Pas. Provokasi melampau yang ditunjukkan oleh pemuda menampakkan pas bakal kecundang pada hari ini. Situasi terkini menyatakan ramai lagi pemuda pas dari luar yang akan mencetuskan pergaduhan untuk menakutkan pengundi untuk keluar mengundi.

Kejadian wanita UMNO ini dipukul adalah di kawasan peti Undi Ulu Sedaka. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Yan untuk rawatan selanjutnya.


Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka bermula pukul 8 pagi Isnin bagi membolehkan 27,222 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

Pusat-pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.

SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.

Semua pusat pengundian akan ditutup pada 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive