Dalam dunia Politik kat Malaysia nie sesiapa yang pandai bermain wayang mengambil hati perwakilan sudah tentu akan menang besar didalam pemilihan. Pemilihan kepimpinan tertinggi Pas pada Muktamar kali ini dilihat lebih sengit apabila ramai menjangkakan golongan ulama akan kembali menguasai kepimpinan parti itu.
Isu kalimah ALLAH dan keputusan PRU13 menjadi penanda aras kepada perwakilan kali ini. Mereka kembali jelas bahawa kedudukan dalam PR memberi kesan terhadap sokongan rakyat terhadap Pas.
Kumpulan Anwarinas yang dulunya mengungguli barisan kepimpinan parti akan tenggelam tetapi kumpulan ‘fundamental’ Islam akan menguasai pemilihan kali ini
Isu ini lebih terarah kepada pemilihan untuk jawatan timbalan presiden yang menjadi tumpuan ramai siapakah yang akan bergandingan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kepimpinan akan datang.
Bukan sekali PAS bergasak dengan DAP kerana berlaga kepentingan dalam pegangan politik masing-masing.Satu dunia dua parti itu tidak boleh bertentang mata dalam bab Hudud dan Negara Islam.
Namun kerana masing-masing hendak mengejar undi ribut itu timbul tenggelam begitu saja.
Terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi jolok sarang tebuan Selasa bila buat kenyataan meminta parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran.
PAS cukup terguris dengan kenyataan itu.Parti itu diketahui umum banyak 'menjual' sentimen agama untuk tujuan politik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan Rabu menegaskan kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini.
Baginya kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.
DAP bermain drama sebegini bakal menguntungkan MAT SABU dan bakal menjadi hero didalam PAS. Nantikan wayang DAP dan Mat Sabu selepas ini.
No comments:
Post a Comment