exponegaraku

Monday, November 4

VIDEO : EXCO WANITA MENGADU PADA @MukhrizMahadir DITAMPAR #PRKSgLimau


Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hasnah Salam mendakwa dikasari oleh seorang peraih undi muslimah Pas berhampiran UPU Titi Batu.

Menurutnya, dia ditampar oleh peraih undi terbabit di bahu dengan kuat dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu.

"Semasa saya lalu di kawasan peraih undi dengan PDM Titi Batu, saya diprovokasi oleh dia (peraih undi Pas) yang kata BN Barang Naik! BN Barang Naik.


"Saya secara automatik membalas dengan kata Pas barang turun! Pas barang turun! sebelum dia menuduh saya mencarut dan menampar bahu saya dengan kuat," ujarnya.

Bagaimanapun, Hasnah tidak melawan provokasi itu dan mengambil keputusan terus berjalan ke kawasan UPU UMNO di kawasan berhampiran.

Dalam pada itu, Hasnah sempat menceritakan apa yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang kebetulan melawat UPU yang sama sejam selepas kejadian.

Secara ringkas, Mukhriz kesal dengan apa yang berlaku kerana menganggap proses demokrasi itu wajar diadakan secara damai dan berhemah.

Hasnah dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku kepadanya.

1 comment:

Anonymous said...

Memalukan kepada bangsa lain. Yang pukul melayu islam dan yang kena pukul pun melayu islam. Orang cina dan india yang beragama buddha kristian dan hindu ketawa terbahak bahak.Yang kena pukul seharusnya berada dirumah bersama suami dan cucu2. Ini tidak berharu hari berkampong ditempat orang. tinggal tanggungjawap sebagai isteri ibu dan nenek hanya untuk berkempen. Jika pun hendak berbakti pada parti agak2 le sama. Jika pergi ketempat orang pandai2 le untuk menghormati akan kampong halaman orang. Jangan terlalu ghairah.Jika berkempen dengan terlalu emosinol maka ini lah akibatnya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive