Saturday, November 16

Presiden KP1M Cedera @AzeezPutera @NajibRazak @HishammuddinH2O


Hasrat yang murni untuk membantu Mangsa Haiyan akhirnya ditimpa musibah, Namun ini adalah kemalangan kecil berbanding derita yang ditanggung oleh mangsa Haiyan. Semangat petugas serta Datuk Azeez Rahim sendiri tidak luntur.

Akibat angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

1 comment:

Anonymous said...

kita nak p tolong pun agak2 la. Kerna tgk dlm berita TV mangsa Haiyan merayu agar kerajaan Filipina cepat hantar bantuan dan mcm2 lagi. Kerajaan dia sendiri pun tak serius nak tolong rakyat dia sendiri. fikir2 lah...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive