Friday, November 1

AMBOI ROMANTIK PASANGAN NIE SEMPOI #PRKSgLimau


Dua undi untuk calon Barisan Nasional (BN) Sungai Limau sudah dalam tangan. Inilah barang kali yang cuba diterjemahkan oleh sepasang suami isteri dengan memasang beberapa bendera BN pada gerai bergerak mereka.

MKP yang dalam perjalanan ke Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Batu 18, sempat merakamkan gelagat suami isteri ini yang membawa gerainya dengan motosikal untuk berniaga.

Sebelum ini, penduduk di DUN Sungai Limau tidak berani memegang atau memasang bendera BN di rumah atau premis mereka kerana bimbang diboikot penyokong Pas, tetapi kali ini tidak lagi, mereka betul-betul mahu menterjemahkan slogan ‘Berani Hijrah’ yang dilaungkan kerajaan BN Kedah diketuai Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive