Setiap tahun pastinya ada kisah disebalik PRK Kampus dari Universiti Malaya. MKP tertanya jugak pada kali ini apa pulak wayang atau drama tongkol yang bakal dihidangkan. Pelajar disana bukanlah semua mengikut telunjuk yang dibawa oleh PRO-Menipu. Tapi sebijak mana pun masih lagi tertipu dengan wayang yang telah dimainkan.
Faktor utama yang membuatkan mereka menipu adalah kerana mengikut IDOLA kaki Lubang kunyit Anwar Ibrahim. Ini Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang bercita-cita besar mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. Kerana nafsunya itu, Anwar sanggup berjanji apa-apa sahaja.
Kalau di peringkat kampus, kita juga berhadapan dengan segelintir pemimpin mahasiswa yang mempunyai persamaan seperti Anwar. Apa persamaannya? Persamaan mereka adalah dalam menabur janji-janji yang manis dan indah-indah.
Kumpulan mahasiswa ini dahulunya dikenali sebagai pejuang-pejuang idealis sehingga digelar sebagai grup Idealis Mahasiswa. Asas perjuangan mereka ini diserap daripada semangat sosialisme yang berakar umbi jauh hingga ke dalam fahaman komunisme. Ia kompleks untuk diterangkan dalam ruang singkat sebegini.
Kumpulan ini selalunya tampil dengan idea-idea yang sangat memukau. Kebebasan akademik, autonomi mahasiswa, kuasa mahasiswa dan bermacam lagi slogan yang gempak-gempak. Kerana itulah juga mereka digelar Idealis, kerana idea-idea mereka yang bersifat amat ideal (cantik, sempurna dan tiada cacat celanya).
Namun, relevankah perjuangan sebegini? Kebebasan yang menjadi akar dalam setiap tuntutan mereka kadang-kala bersifat amat mutlak, tanpa ada batasan-batasan lagi.
Untuk mencapai matlamat tersebut pula, mereka akan mencipta pelbagai slogan yang boleh menggegarkan hati dan jiwa kita sehingga mengaburi kuasa akal untuk berfikir secara rasional.
Misalnya, pernah sebelum ini kumpulan mahasiswa tertentu membuat tuntutan supaya mereka diberikan hak untuk mengurus sendiri pilihan raya kampus, mengambil bahagian dalam Majlis Senat Universiti atau Lembaga Pengarah dan menentukan kewangan universiti.
Kemudian, kita dengar pula muktahir ini, mereka menuntut supaya pendidikan tinggi diberikan percuma, yuran pengajian dihapuskan dan mereka bebas untuk berpolitik di dalam kampus. Sewenang-wenangnya. Untuk apa semua ini? Supaya akademik jadi nombor dua dan supaya mahasiswa boleh bertindak seperti orang politik di luar sana? Hanya kerana anda mahasiswa?
Malangnya, suara-suara beginilah yang akhir-akhir ini begitu lantang kedengaran di sana sini. Anwar Ibrahim tidak kisah dengan implikasi-implikasi yang akan berlaku kerana beliau hanya fikirkan undi daripada rakyat.
Tetapi bagaimana dengan mahasiswa yang hanya mempunyai tiga hingga lima tahun sahaja di kampus?Berikut adalah Kronologi yang telah dilakukan oleh Pro-Menipu dari tahun 2009 hingga 2012.
1 comment:
siswa & siswi... belajar dululah ye..nanti bila dah graduate dan kerja baru masuk politik..ok. jgn jadi mcm adam adli tu..naya saja. sapa yg tolong dia sekarang..
Post a Comment