Wednesday, November 13

TERKINI: MISI KELAB PUTERA TERKANDAS DI LABUAN......... #Tyfoon #Haiyan @AzeezPutera @NajibRazak @HishammuddinH2O


Semua petugas dan Datuk Azeez Rahim tekun mendengar taklimat sebelum berlepas ke Cebu, Philipina. 
Tepat jam 7pagi tadi semua pesawat berlepas dari Lapangan Udara Tentera Udara Subang. Dua buah pesawat iaitu Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Airbus 320 AirAsia.

Setiap perancangan yang telah disusun rapi pasti ada rintangan, Walaupun nampak mudah misi KP1M kali ini namum cabaran terpaksa juga dilalui oleh semua yang terlibat. Pesawat yang dirancang terus mendarat di Cebu terpaksa mendarat di Pengkalan Udara Labuan. 


Ini adalah disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan untuk terus mendarat disana. Biarpun apa juga cabaran yang diterima misi ini harus dilaksanakan hingga berjaya. Tekad semua petugas untuk membantu mangsa Ribut Haiyan masih lagi kental dan bersemangat.


Ini adalah gambar apabila semua petugas selepas mendarat di Pengkalan Udara Labuan. Hanya menunggu lampu hijau dari Kerajaan Philipina untuk berlepas terus ke Cebu. MKP dimaklumkan bahawa semua petugas telah selamat tiba di Cebu, Filipina jam 7petang waktu Malaysia. 


Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menghantar misi kemanusiaan ke Filipina Rabu bagi membantu mangsa taufan Haiyan Jumaat lalu.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi itu akan membawa bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian, khemah dan produk nutrisi bayi seberat 14 tan kepada 5,000 keluarga.

Katanya seramai 38 sukarelawan termasuk petugas media akan menaiki dua buah pesawat iaitu Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Airbus 320 AirAsia.

Abdul Azeez berkata Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, Datuk Dr Alwi Rahman akan bertindak sebagai ketua pasukan perubatan di kem-kem pemindahan mangsa dan hospital-hospital Filipina.

Katanya, pasukan itu terdiri daripada 11 doktor dan akan memberi rawatan kepada mangsa yang rata-ratanya mengalami masalah cirit-birit, selsema, jangkitan penyakit kulit dan sebagainya.

Lebih 10,000 orang dilaporkan terbunuh dan sejumlah besar cedera dan kehilangan tempat tinggal akibat taufan kencang itu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive