exponegaraku

Friday, November 8

DALANG COMANGO DIDEDAHKAN............?


Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini mendedahkan dalang di sebalik Gabungan NGO Liberal (COMANGO) melalui sebaran 70 ribu risalah Jumaat di masjid-masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat.

Edaran ini bertujuan menjelaskan kepada seluruh umat Islam bahawa tuntutan COMANGO yang mengancam kedudukan Islam di Malaysia yang didalangi tokoh-tokoh liberal dan 54 NGO yang anti Islam.

Antara dalang yang didedahkan ialah Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif MalaysiaKini, Premesh Chandran, Ahli Lembaga Sisters in Islam, Marina Mahathir, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel, Centre for Independent Journalism (CIJ), Sonia Randhawa, Setiausaha Malaysia Youth & Students Democratic Movements, DEMA, Yong Kin Yin, Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong dan Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

Manakala antara NGO yang terlibat ialah Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Seksualiti Merdeka, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sisters in Islam (SIS), Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS), Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia, Centra for Independent Journalism (CIJ), Childline Malaysia dan banyak lagi.

Difahamkan hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan COMANGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Mereka merupakan teras kepada gagasan NGO hak asasi manusia yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi negara-negara dunia bagi menekan Malaysia agar menerima tuntutan mereka di dalam proses UPR di Geneva baru-baru ini.

Mereka menuntut kebebasan bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam, menuntut kebebasan untuk mengamalkan ajaran sesat Syiah, penghapusan hak Melayu dan apa saja yang menyentuh keutuhan agama Islam dan kedaulatan perlembagaan.

Risalah ‘Bahaya COMANGO’ telah diedarkan oleh petugas-petugas ISMA di masjid-masjid di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Seremban.

Sebaran yang sama turut diadakan di Samarahan Sarawak, Melaka, Kuantan dan Masjid Unisza Kuala Terengganu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive