Thursday, November 14

SUDAH PANDAI BOGELKAN SESAMA SENDIRI.......


Apa sudah jadi dengan Pas? Pemilihan parti yang dicemari dengan kata-kata dan imej gambar superimpose yang menjijikkan?

Betulkah perkara ini berlaku dalam Pas? Parti yang selama ini digambarkan mempunyai pemimpin yang baik, alim, warak, jujur dan dihormati kawan serta musuh.

Hakikatnya begitulah.

Pas adalah sebuah parti, manakala yang mencorakkannya adalah manusia. Sejauhmana sempurnanya seseorang manusia dalam Pas, tidaklah semaksum para nabi dan penghulu segala nabi, Muhammad SAW, walaupun dalam mengeluarkan hujah dan mentafsirkan ayat al-Quran mengalahkan para ulama.

Pemimpin Pas sama seperti pemimpin mana-mana parti politik di negara ini dan dunia khususnya. Mereka dikatakan alim, kerana rakyat disogok dengan gambaran kejujuran. Mereka dikatakan baik, kerana rakyat sentiasa didedahkan dengan perwatakan alim, sedangkan di sebalik kejujuran dan alim itu tersembunyi fakta di luar tingkah laku.

Inilah yang berlaku dalam Pas hari ini.

Walaupun mereka berusaha hendak menyembunyikan sifat dan sikap kewarakan itu, akhirnya terdedah juga dengan sendirinya. Pendek kata, bagi yang mengenali parti itu, tidaklah sama sebagaimana 'Manikam mengenali Jauhari'.

Sikap tamak dan gila kuasa seseorang manusia yang berpolitik tidak dapat tidak akan ada dalam diri mereka sekelumit sifat dengki, iri hati, cemburu dan perasaan jahat. Sikap ini kemudian diterjemahkan dalam perbuatan.

Biasanya, bagi seseorang pemimpin yang licik, mereka tidak akan melakukan perbuatan tidak bermoral secara bersendirian, melainkan mengupah konco-konconya untuk menjalankan agenda menjatuhkan regu atau lawan.

Konco-konco ini pula, apabila terlalu taksub dan mendapat upahan lumayan, melakukan kerja jahat dan khianat adalah tugasan mudah bagi mereka.

Justeru, tidak hairanlah kalau dalam sehari dua ini, rakyat dikejutkan dengan pelbagai cerita, berita, kejadian, tragedi dan peristiwa kotor yang menggegarkan kempen pemilihan kepemimpinan Pas.

Keadaan ini berlaku kerana Pas yang dahulunya dibarisi ulama telah bertukar ganti kepada golongan liberal yang boleh dikatakan memenuhi hampir 90 peratus jawatan-jawatan kanan dalam parti itu.

Jadi, tidak hairanlah kalau Pas kini dilihat lebih ‘ganas’ daripada Pas dahulu yang tidak tahu menahu mengenai teknologi maklumat sehingga meletakkan parti itu jauh ketinggalan berbanding parti UMNO.

Akibat kepandaian inilah mendorong penyokong Pas yang berfahaman ulama dan anti-liberal menggunakan laman sosial dan kecanggihan teknologi digital untuk memburuk-burukkan pihak lawan, yang juga daripada parti sama.

Ini yang berlaku kepada calon Ketua Dewan Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff apabila gambarnya telah ditukar secara superimpose dengan gambar seekor anjing.

Gambar itu kemudian dimuat naik melalui laman sosial Facebook penyokong Pas, 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami', sebelum dikongsi oleh facebooker lain sehingga tersebar luas dalam sekelip mata.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive