Hari ini satu sidang media diadakan oleh kakitangan MPPP untuk membantah sikap kurang ajar Jeff-Oii. Jeff Oii sebelum ini menyelar kakitangan MPPP sebagai kurang kurap kerana pihak atasan menghantar pegawai bawahan untuk bertemu beliau berikutan masalah di Pasar Jelutong.
Mungkin kerana merasakan sudah terlalu kuat dan kebal, disebabkan berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 penggal berturut-turut, seorang pemimpin DAP baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.
Di dalam kejadian Sabtu lalu, ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP.
Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.
Disebabkan kenyataan itu, ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP.
1 comment:
Oii..orang Penang...salah hangpa jugak..sapa suruh hangpa pilih DAP pada PRU13. La ni baru hangpa nak menjerit. Bukan hangpa tak tau DAP tu biadap dan racist..sampai bila-bila pun depa akan benci pada orang Melayu. Itu la hangpa dok asyik boria...boria saja. Hangpa sampai bila nak duduk di cherok--cherok..kat hujung-hujung pulau saja manakala dalam bandar hangpa biak kat orang Cina.
Post a Comment