exponegaraku

Friday, November 8

Mana Pergi Tabung Sumbangan Wira Lahad Datu, Kenapa Pas Senyap Sepi?


Bertempat di Sri Perdana, Putrajaya satu lagi majlis diadakan bagi meraikan waris kepada para perwira negara yang telah dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini. Majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memberikan bantuan tambahan bagi meringankan beban waris keluarga tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan, RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang).

''Anak mereka turut menerima sumbangan pendidikan secara bulanan iaitu RM200 kepada anak di peringkat prasekolah, RM300 (anak peringkat sekolah rendah) dan RM500 (anak peringkat sekolah menengah).

''Selain sumbangan berjadual, ahli keluarga wira juga memperoleh sumbangan sekali gus iaitu RM22,000 bagi keluarga wira yang terkorban, wira alami kecederaan parah (RM10,000), kecederaan ringan (RM5,000), ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (RM10,000)," katanya di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara kepada ahli keluarga wira yang terkorban dan pegawai yang cedera dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Sejak dilancarkan pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, Tabung Wira Negara berjaya mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan daripada penjawat awam Persekutuan, negeri, badan-badan berkanun serta melalui tajaan lain.


Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah, kenapa sehingga hari ini masyarakat langsung tidak mendengar cerita mengenai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan pada 7 Mac oleh Pas. Senyap dan sunyi. Seolah-olah tabung tersebut langsung tidak wujud sama sekali.

Sedangkan sebelum ini lidah rasmi Pas, Harakah begitu hebat mempromosikan tabung tersebut yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia. Itu belum lagi diambil kira melalui kutipan derma yang dianjurkan sepanjang kempen ‘road tour’ mereka.

Malah menurut maklumat yang diterima, di akhir ceramah anjuran pakatan pembangkang, hampir setiap malam mereka mengedarkan ‘karung duit’ bagi mengutip derma daripada para hadirin yang hadir kononnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi.

Masakan tiada sambutan langsung dari pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas. Apakah isyarat senyap dan sunyi itu bermaksud kutipan tabung tersebut GAGAL mengutip walaupun RM10.00? Apakah ia bermaksud semua pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas sebenarnya terdiri daripada mereka yang bakhil?

Sudah tentu tidak. Ini kerana Pas yang selama ini mendakwa sebagai pejuang Islam sudah tentu berjaya mendidik pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan mereka agar sentiasa bersifat pemurah.

Sekiranya Tabung Wira Negara anjuran kerajaan BN berjaya mengumpulkan RM3.2 juta, Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran Pas paling kurang tentu berjaya mengutip RM 4-5 juta. Ini kerana Pas yang sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sudah pasti akan menyumbang melebihi mereka yang tidak berapa nak Islam.

Namun, persoalannya ialah ke mana GHAIBNYA semua sumbangan tersebut? Masakan kutipan yang sebegitu ‘banyak’ tidak dijalankan sebarang ‘audit’? Apakah tiada satu pun jawatankuasa pemantau yang menguruskan tabung tersebut?

Masyarakat perlu mendesak agar parti menjawab semua persoalan dan kekeliruan yang dibangkitkan ini. Atau setidak-tidaknya pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan yang telah menyumbang melalui akaun seperti yang pernah dipromosikan oleh Harakah.

Kesimpulannya sekiranya sumbangan derma tersebut ‘masih ada’ Pas WAJIB menyerahkan kepada mereka yang berkenaan. Ini kerana sebagai sebuah PARTI POLITIK yang kononnya berpegang kepada DASAR ISLAM, sudah tentu mempunyai golongan ulama yang tahu akan hukum memakan harta anak-anak yatim.

Bukanlah niat untuk menuduh Pas telah ‘memakan’ jumlah kutipan tabung tersebut, hanya ingin meminta penjelasan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk.

1 comment:

Anonymous said...

Mula-mula kena tanya, tabung memali apa cerita? Di tibai tok lebai pas la lu. Apa apa tabung pun mesti depa tibai, lepas tu buat bodo macam lembu kenyang. Habis2 kalau orang bising dok tanya, depa tuduh kapiag, abih cerita.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive