Monday, November 4

BARISAN NASIONAL KALAH #PRKSgLimau...


Penyokong PAS sudah membanjiri Sekolah Agama yang untuk pengumuman Rasmi Keputusan PRK Sungai Limau. Dah berusaha namun jika rakyat Sungai limau menolak UMNO/ Barisan Nasional apa nak buat.

Keputusan TAK RASMI BN kalah di DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084. Berjaya mengurangkan 60% majoriti PAS pada PRU 13 lalu iaitu 2,744 undi.

Tahniah kepada jentera BN di sana. 6 bulan lalu, BN cuma menang 6 peti undi. Hari ini BN menang 10 peti undi, PAS menang 9 peti undi. Cuma majoriti PAS di 9 peti undi yang mereka menangi lebih besar berbanding majoriti kemenangan BN di 10 peti undi yang dimenangi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive