Monday, November 11

KAK IJAT COME-ON LAH CERDIK SIKIT..........?


Kak Ijat sebelum nie dok sinting lengan lepas nie mungkin dah londeh kain pulak. Semua nie bagi peluru pada pembangkang untuk tembak dimana saja. Ibarat perlawanan bola tanpa penjaga gol. MKP agak musykil dengan keputusan yang telah dibuat bukan apa setelah bertungkus lumus menafikan. Hari nie tarik balik. Mungkin masa depan didalam Wanita UMNO dah ada sepenggal lagi.


Depa dah mula langkah tembak kak ijat.


Mungkin Kak Ijat lupa bukan hanya dia saja terpalit dengan lembu malah semua wanita UMNO jugak terkena lumpurnya.

Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.



4 comments:

Anonymous said...

biar p la kat depa...semua poyo !

Anonymous said...

Pemimpin sebegini yang membuat orang melayu hilang kepercayaan kepada UMNO. Bukan Sharizat malah mereka2 seperti Nazri Aziz, Shahidan Kasim, Noh Omar, Tengku Adnan dan beberapa lagi pemimpin diperingkat negari dan bahagian. Sekiranya UMNO mahu mendapat kembali sokongan dari orang melayu maka pemimpin2 yang tidak jujur dan mengunakan kuasa untuk mepentingan sendiri harus berundur dari kepempinan UMNO.

Anonymous said...

Bukannya apa kak ijat rasa mampu ke si rafizi dgn zuraida tu bayar saman itu je....

anti-saman said...

Apa lah Kak Ijat ni.....hang bikin malu nama UMNO saja. Janganlah ikut perangai Bang Non tu ...saman juta-juta lepas tu tarik balik. Kalau hang tarik balik saman tu, buat apa saman in the first place??? Bila hang tarik saman, aku dah anggap apa yang Rafizi Lombu dan MaK Lampir cakap tu ada benar dia. Kalau hang konfirm hang kena anyaya, saman lah terus...biaq mahkamah yang menentukan. Jadi lopas ni kalau ada orang panggil hang Kak Ijat Lombu, jangan lah pulak hang nak saman hamba allah tu....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive