exponegaraku

Saturday, November 2

SUSAH BILA OTAK DAN BENIH PADI BERADA DI LUTUT...... #PRKSgLimau


Bila Otak letak kat lutut memang susah nak cakap,Nak kata "bodo piang" pun susah jugak sebab depa nie padai berkata-kata. Pada penyokong PAS berhati-hati bersalam dengan pemimpin PAS takut terlanggar lutut nanti bersepai pulak otak pemimpin kesayangan korang.

Ramai yang tergelak guling-guling apabila melihat pemimpin Pas menabur benih dalam sawah yang airnya paras lutut. Bukan tidak boleh, tetapi kalau air banyak seperti itu, benihnya susah untuk melekat di tanah. Selalunya juga air paras itu menyebabkan benih padi mudah hanyut. 

Jika tumbuh pun padinya akan berlonggok-longgok. Pertumbuhannya tidak sekata kerana ada kawasan yang tidak akan ditumbuhi padi kerana benihnya telah hanyut atau berlonggok di tempat lain sebab air banyak.

Tetapi itu hak pemimpin Pas terbabit. Sama ada mereka mahu tabur benih padi ketika air paras pinggang, ketika hujan ribut atau apa saja  itu adalah hak mereka dalam usaha menunjukkan bahawa mereka adalah pemimpin prihatin yang tidak untuk meranduk air dan selut sawah.

Yang peliknya tak kan pemimpin Pas berasal dari Kedah yang cakap Kedahnya cukup pekat seperti Datuk Mahfuz Omar tidak tahu kaedah orang Kedah menabur benih padi.

Kenapa Mahfuz tidak menasihatkan pemimpin Pas itu bahawa kurang sesuai menabur benih padi kalau airnya separas lutut.

Tak kan Mahfuz yang merupakan ahli Parlimen Pokok Sena tidak tahu risiko menabur benih padi dengan air pada paras lutut?

Atau ini sebenarnya secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita bahawa pemimpin-pemimpin Pas yang berasal dari Kedah itu hanya pandai berceramah.

Mereka sebenarnya langsung tidak mencampuri atau mengambil tahu masalah rakyat sebab itu bila masa yang sesuai untu tabur benih padi pun mereka tidak tahu.

Jika mereka ini jenis yang suka bercampur dengan rakyat, yang suka meronda kawasan kampung sudah tentu tahu menabur benih padi dengan air separas lutut hanya akan jadi bahan gelak orang.

Gambaran daripada apa dilakukan oleh pemimpin Pas itu ialah mereka sebenarnya tidak peka pun. Mereka bercakap soal harga padi, soal subsidi, mendakwa petani tertinda dan miskin, tetapi mereka sendiri tidak tahu selok belok kehidupan pada petani. 

Mereka sendiri sebenarnya hanya pandai bercakap dan berceramah tetapi langsung tidak ambil tahu masalah petani.

Kalau mereka itu jenis yang ambil kisah kehidupan rakyat terutama pesawah sudah tentu mereka tahu bahawa para pesawah di Kedah tidak pernah tabur benih dalam sawah yang dipenuhi air.

Tetapi seperti biasa Pas sentiasa ada jawapannya dan mungkin kali ini Mahfuz akan cabar untuk buktikan kenapa tidak boleh tabur padi ketika sawah dipenuhi air. 

Mungkin di kawasan Mahfuz di Pokok Sena, para pesawahnya tabur benih padi ketika air bah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive