RAPID

Thursday, October 31

MANA PENTING SUSU INI ATAU SUBSIDI BAJA #PRKSglimau


Dalam kempen pilihan raya macama-macam perkara timbul dan macam-macam perkara muncu. Kadang-kadang itu memang kita tidak sangka. Benda-benda yang cukup kecil dan tidak berapa signifikan dengan  kehidupan seharian apatah lagi untuk masa hadapan dibangkit dan diperbesar-besarkan.

Mungkin disebabkan sudah tidak ada modal untuk berkempen, sudah habis modal untuk mengutuk atau tidak ada idea untuk menyakinkan pengundi, maka isu susu tamat tempoh telah diangkat menjadi agenda utama dalam kempen di PRK Sungai Limau.

Isu itu dijaja malah diangkat sebagai antara berita penting di peringkat nasional oleh semua media seolah-olah susu tamat tempoh itu bakal memusnahkan masa depan penduduk di Sungai Limau.

Subsidi baja padi yang dinikmati oleh hampir setiap penduduk Sungai Limau sejak berpuluh-puluh tahun dahulu tidak pula diperkatakan atau diambil kira.

Yang penting sekarang di Sungai Limau ialah susu pekat manis yang tamat tempoh itu bakal menggelapkan masa depan penduduk di situ.

Rasanya jika subsidi baja itu ditarik balik sekali pun penduduk di Sungai Limau tidak akan peduli kerana pada mereka sekarang isu susu pekat manis tamat tempoh adalah agenda besar, agenda yang bakal menentukan masa depan mereka.

Sedangkan, jika di tanya kepada setiap penduduk Sungai Limau terutama yang berusia di bawah 50 tahun, tidak ada seorang pun yang membesar tanpa  menikmati subsidi baja dan padi.

Subsidilah yang menjadi nadi kehidupan mereka yang membolehkan mereka berbelanja yang limpahannya turut dinikmati oleh peniaga-peniaga kedai runcit dan restoran-restora kampung.

Tidak ada seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri itu yang tidak menikmati atau mendapat subdisi. Subsidi adalah nadi kehidupan mereka. Subsidi adalah sumber kewangan mereka dan duit subsidi padilah yang mereka gunakan untuk menyara anak-anak termasuk hingga ke peringkat tertinggi hingga menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek dan sebagainya.

Tetapi, apabila menjelang pilihan raya, subsidi yang dinikmati sekian lama, subsidi yang membiayai mereka untuk menunaikan haji tidak lagi dipandang.

Tetapi setin susu tamat tempoh yang harganya hanya tidak sampai RM3 yang dibisingkan, yang dicanang kononnya ia dibekalkan oleh satu kerajaan yang tida bertanggungjawab.

Beginilah jadinya apabila emosi menguasai akal, maka manusia tidak lagi boleh berfikir. Sebab itu setin susu tamat tempoh telah mengatasi pelbagai kebaikan dan pelbagai nikmat yang mereka nikmati selama ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive