Thursday, October 17

APA!!! TAKKAN NAK TAMBAH DERITA LAGI KOT @ustazfathulbari @KhairyKJ


Tahniahlah pada Ustad Fathul Bari menang dengan bergaya UNDI tertinggi EXCO PEMUDA UMNO Malaysia. MKP bukan suka sangat dengan Ustad nie sejak kes tambah lagi satu hari tue. MKP cuma pertikaikan cara serta perbuatannya. Yang lain tue ok sajalah. Nampaknya lepas menang nie semakin garang. Dari apa yang MKP diberitahu Ustad FathulBari nak serang Chua Jui Meng pulak. Memang semangat berkobar nak mempertahankan Islam itu memang bagus.

 Tapi ada cakap-cakap belakang yang mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO nie bukan gemar sangat dengan Ustad FathulBari nie. Sama jugak dengan MKP rupanya. Cuma terikat dan ingin mengaburi mata akaq umbi yang kununnya kena ada pemimpin berteraskan Islam. Pandai sungguh Ketua Pemuda nie susun atoq pemuda. Tapi apa pun tahniahlah seramai 18 EXCO yang disusun telah menjadi EXCO. Nampaknya lepas nie Khairy semakin kuat didalam PEMUDA.

Ternyata berpolitik bijak dan halus seperti Tun Mahadir telah diguna pakai oleh Khairy Jamaluddin. Membentuk/Pengkaderan pasukan yang pukul mampus pun memberikan sokongan padanya. Ini adalah startegi supaya senang mengemudi pemuda kelak.Bukan apa, bila dah semua senang dicucuk hidung apa lagi tunggu tarik ajelah.Mungkin pada 2008 tidak mampu berbuat sedemikian kerana mempunyai lawan yang agak kental dari segi wang dan projek memang susah nak sapu bersih.

Dari segi "Politic Millage" nampaknya lepas nie DS Najib Razak perlu mendengar pemintaan/rintihan dari pemuda kalau tak kucar-kacir jadinya. Faktanya jelas bahawa pengundi muda pada PRU-14 adalah seramai lebih kurang 65% dari golongan pemuda serta puteri. Jangan buat hal nanti makan asap semuanya. 

MKP rasa cukup setakat ini dulu kot nanti kita sambung lagi...

Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya sedia bersemuka dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bagi menjelaskan maksud Surah Al-Imran ayat 64 dan Surah Al-Ankabut ayat 46. 
Katanya tindakan itu supaya Jui Meng tidak terus terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran bagi mengelakkan salah faham berkenaan kalimah ALLAH. 
“Mereka sebenarnya masih tidak faham konteks penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara kita. Saya sedia bertemu untuk memberi penjelasan. 
“Beliau (Jui Meng) ini tidak faham mengenai tafsir ayat al-Quran itu, tapi mahu mengulas dengan mempersoalkan ayat tersebut dalam isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 
Terdahulu, Jui Meng dalam status Twitternya memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald. 
Mengulas lanjut, Fathul berkata tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH itu tidak boleh dipersoalkan sebaliknya cuba untuk menghormatinya. 
“Tindakan mahkamah itu untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan umat Islam dan penganut lain berhubung kalimah ALLAH. Tambahan pula kita dapat mengelakkan gejala pluralisme yang cuba diserapkan pihak luar terhadap umat Islam. 
“Jika mahkamah benarkan, dibimbangkan akan membawa kemudaratan kepada generasi muda terutamanya yang kurang bimbingan dan didikan agama,” ujarnya. 
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya orang bukan Islam supaya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah berkenaan kalimah ALLAH. 
“Selama ini, tiada orang bukan Islam sibuk isu kalimah ALLAH, kita pun tidak tahu apa strategi dan perancangan mereka. 
“Lebih baik mereka tidak campur tangan dalam isu ini,” katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive