Wednesday, October 9

YDP Pas Putrajaya hilang jawatan selepas berkunjung ke Bangkok


Gara-gara meninggalkan kawasan semata-mata bertandang ke Bangkok, Thailand untuk urusan ibadat korban dan mengunjungi majlis berkabung bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng baru-baru ini, Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria kehilangan jawatan itu pada mesyuarat parti pada 22 September lalu.

Beliau yang ‘direhatkan’ daripada jawatan itu pada 3 April lalu melalui sepucuk surat yang dikeluarkan Pemangku Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan berkenaan, Kamaruzaman Mohamad terkejut dengan tindakan pengurusan parti kerana membuat keputusan memilih pemimpin baru dengan cara tidak betul.

Katanya, menjelang mesyuarat agung parti pada 12 September lalu, beliau menerima sepucuk lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya'.

Pada hari sama juga, kata beliau, satu notis memanggil Mesyuarat Agung Pas Putrajaya telah dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

“Pada hari mesyuarat agung itu, saya tidak ada di kawasan kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana dan kebetulan pula dengan kematian Chin Peng, saya berkunjung ke majlis berkabung,” katanya.

MKP Ayat Sempoi : Stopa Ali buat Onar dengan Mak Janda Pun Tarak kena Ini Macam.......Lawak Apa nie PAS oiiii...

1 comment:

Anonymous said...

Salah satu syarat hendak duduk bermastautin demi PRU,kat Putrajaya,mau wakili Putrajaya, adalah bersikap menerima ajaran 1Malaysia di mana,antara nya:

1.Liberal
2.World View
3.Engage
4.Inklusive
5.Sekular
6.Terbukaan
7.Transformasi
8.Moderate dan global movement for moderation.Kesederhaan
9.Tanpa sempadan.
10.I am PM for all (Pas for all)
11. Wasatiyah--jalan tengah
dan di tali arus kan dengan gandingan
a.Endless possibilities
b.High income nation
c.The best is yet to come

Ini lah masaalah politik baru -New Politic ala Saifudin(kalah Temerloh)- suka nak menunjuk nunjuk agar di puji orang, dan di sanjung pengikut,korporate politics.
Maka Sdra YDP,se biji se iras,sependapat,sehaluan dengan Ah Jib Gor Gong,sebab duduk di Putrajaya atau nak tawan putrajaya.
Baca lah buku george orwell animal farm.
arjuna waspada
changkat lobak.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive