Sunday, October 27

WALAUPUN MARAH TETAP SAYANG JUGAK #PRKSgLimau


Pas bermain politik murahan apabila mengambil kesempatan ketika berkempen di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan menziarahi bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Jamil Khir Baharom, yang sakit diserang angin ahmar.

Dalam lawatan itu, pada 24 Oktober lalu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pas PRK Sungai Limau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bersama calon DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Samat mendakwa bapa menteri itu, Baharom Ramli, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Baharom yang turut mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Pas.
Menurut Mohd. Jamil, beliau memaklumkan dakwaan itu kepada bapanya dan telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Baharom yang menolak tuduhan mengatakan dia yang membaca doa ketika menerima kunjungan pemimpin Pas.
Luahan rasa penduduk Sungai Limau

“Yang berlaku ialah bapa saya menadah tangan sambil mengaminkan doa yang dibaca oleh Mohd. Azam. Dia pun tak tahu apa orang itu sebut… dia (bapa saya) tolong aminkan doakan saja. Tapi dalam media propembangkang, pemimpin Pas sebut bapa saya baca doa.

“Ini mainan politik yang terlampau rendah cara permainan yang dibawa oleh pemimpin Pas untuk memburuk-burukkan saya. Kenapa nak libatkan ayah saya? Dia (Baharom) tidak tanding apa-apa jawatan pun.

Beliau mengulas laporan media pembangkang yang menyiarkan video menunjukkan Mahfuz dan Mohd Azam mengaminkan doa yang dibaca oleh Baharom, yang terlantar di atas katil akibat diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Video nie mambuatkan Mahfuz Kantoi...

Mengulas lanjut isu itu, Mohd. Jamil yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, beliau hendak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin Pas itu kerana sudi menziarah bapanya setelah tiga tahun sakit dan uzur.

“Rupa-rupanya ada hikmah juga dengan pilihan raya kecil ini, sekurang-kurangnya pemimpin Pas datang menziarahi bapa saya. Kalau ada kematian (wakil rakyat), adalah ziarah menziarah oleh pemimpin Pas. Kalau tidak ada kematian, tidak adalah aktiviti ini (ziarah).

“Tetapi yang agak tidak cantiknya, apabila hendak pergi ziarah, jangan bawa media, sebab tentu keluarga yang diziarahi itu tertekan kalau gambar bapanya diambil dan disiarkan dalam media," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive