Wednesday, October 16

APA DAH JADI KAWAN PUN DEPA REPORT......

Bekas ADUN Teratai, Selangor, Jenice Lee Ying Ha pada Rabu membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai kerana didakwa memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap dirinya di akhbar.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah Kuala Lumpur.

Lee mendakwa kenyataan Tan kononnya pembantunya Lee Hsuan Ba terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya, di sini merupakan satu fitnah.

Beliau mendakwa Tan turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seperti dilaporkan di beberapa akhbar pada 24 dan 25 April lalu yang menuduh dirinya terlibat dalam penyelewengan peruntukan kerajaan negeri di kawasan Sungai Pelek, Selangor.

"Ini merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan saya. Saya telah berbincang dengan pihak peguam dan mereka meminta saya membuat laporan polis. Saya minta kes ini dapat disiasat segera kerana ia merupakan perlakuan jenayah yang cuba menjatuhkan reputasi saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Lee turut menggesa lembaga disiplin DAP mengambil tindakan tegas terhadap Tan bagi segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.-

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive