Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker Seteru besar DS Najib yang juga
merupakan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik di era Dr
Mahathir, Lathe...
Thursday, October 24
GADUH JANGAN TIDAK PULAK @MukhrizMahadir @HishammuddinH2O @Zahid_hamidi @TunFaisal
Sungai Limau menjadi medan untuk mentautkan kembali hubungan pemimpin UMNO selepas melalui pemilihan yang sengit.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai tuan rumah walaupun tewas pada perebutan jawatan Naib Presiden menerima tetamu yang terdiri daripada naib-naib presiden yang baru iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan lawan beliau yang begitu sengit Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sebagai ahli politik yang matang pertandingan secara budiman telah selesai, kini mereka mempunyai misi untuk merobohkan kubu kuat Pas di Sungai Limau. Tun Faisal Ismail Aziz yang gagal merebut slot selaku ahli Majlis Tertinggi turut kelihatan. Kesepakatan yang ditunjukkan pemimpin UMNO itu memberi keyakinan kepada ahli di akar umbi. Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum kembali. Biduk berlalu kiambang bertaut.
Pihak lawan pula iaitu Pas memang tidak dapat menyembunyikan pergeseran antara pemimpin mereka, khusus pemimpin Pas Kedah. Ketika wartawan menemubual Datuk Pahrolrazi Nawawi, Mahfuz Omar selaku pengarah PRK Sungai Limau asyik menjeling-jeling ke arah rakan seperjuangannya itu seolah-olah tidak berpuas hati kerana media tidak memberi perhatian kepada beliau selaku Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru.
Pelantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah adalah ekoran kematian Tan Sri Azizan Razak memang menimbulkan kontroversi kerana beliau melangkah tiga Timbalan Pesuruhjaya termasuk Pahrolrazi yang ketika itu Pesuruhjaya Pas 1 Kedah. Pahrolrazi yang kecewa dengan keadaan itu telah meletakkan jawatan.
Semalam ketika penamaan calon PRK Sungai Limau yang berlangsung di Dewan Dato' Madi, Yan, memang jelas hubungan mereka belum pulih. Pahrolrazi bukan sahaja tidak mesra dengan Mahfuz, bahkan beliau kelihatan tersisih daripada para pemimpin Pas yang lain.
Pahrolrazi hanya duduk sekejap di sebelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Itu pun ketika Hadi duduk seorang diri. Selepas bertemu Hadi, Pahrolrazi terus menghilangkan diri. Pahrolrazi tentunya tidak selesa berada di kawasan Allahyarham Azizan kerana beliau antara yang dikatakan cuba menjatuhkan Azizan ketika pemimpin Pas itu menjadi Menteri Besar Kedah.
Begitulah perbezaan UMNO dan Pas. Para pemimpin UMNO walaupun menyedari perpecahan di dalam Pas Kedah, mereka tidak ghairah untuk mencerca lawan, berbanding di kem Pas yang begitu gemar mempersendakan UMNO yang kononnya telah menolak Mukhriz.
Memang Mukhriz kalah tetapi dengan perbezaan jumlah undi yang kecil dan dengan undi popular yang besar. Ini bermakna akar umbi UMNO tidak menolak Mukhriz, namun memang menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang tidak seharusnya menang segala-galanya dan yang kalah pula tidak pula wajar kehilangan segala-galanya.
Sebab itulah UMNO menjadi parti yang terus kukuh walaupun selepas melalui pelbagai dugaan dan terus menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini.
BN membawa agenda pembangunan. Pas pula memang tidak pernah mempunyai sebarang agenda pembangunan untuk rakyat. Agenda mereka hanya mencerca lawan.
Tanggal 4 November ini pengundi Sungai Limau harus menunjukkan protes besar-besaran kepada politik adu domba yang dimainkan Pakatan Rakyat dengan meletakkan masa hadapan mereka di tangan pemimpin yang bukan sahaja ikhlas berkhidmat untuk rakyat, tetapi mempunyai kemampuan membela nasib mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Vivy Disiasat SPRM Berhubung Kerugian Pelaburan Khazanah dan PNB - PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang terkenal, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, dijadualkan memberi keterangan k...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2013
(1132)
-
▼
October
(86)
- MANA PENTING SUSU INI ATAU SUBSIDI BAJA #PRKSglimau
- NADIA AF LAGI!!!!! MERIAHKAN SUKAN BENDANG #PRKSgL...
- NADIA AF BERKEMPEN UNTUK UMNO #PRKSgLimau
- PAS RASUAH PENGUNDI #PRKSgLimau
- FAKTA ATAU AUTA LEBIH HEBAT........... #PRKSgLimau
- STOPA ALI MENGAMUK, TPM MINTA MAAF #PRKSgLimau
- AKSI MELAMPAU KAK IJAT #PRKSgLimau
- TRAGEDI SUSU PEKAT FITNAH MAHFUZ AIBKAN @AzeezRahi...
- PUTERI UMNO BUAT SAYA MELUAT......CEMUIH @emysamsu...
- PERGHHH : INI GST VERSI @AnwarIbrahim
- PAS KEKAL MENIPU #PRKSgLimau #BeraniHijrah
- @Abby_Abadi112 HINA ARTIS BERHIJRAH @ustazfathulba...
- WALAUPUN MARAH TETAP SAYANG JUGAK #PRKSgLimau
- MASIH BERMIMPI ATAU LENA LAGI @MukhrizMahadir #PRK...
- GEMPAR :ABBY ABADI TIDAK DIRESTUI ALLAH BERKEMPEN ...
- SUKA HATI MAKBAPAK DIA SAJA @CMLimGuanEng
- ANAK JANTAN LAPOR AJELAH @MukhrizMahathir #PRKSgLimau
- HEBAT CERAMAH DENGAN RUMPUT RUPANYA.. #PRKSgLimau
- BAGI LAGI MUKA PADA PENJAWAT AWAM.......
- PERTEMBUNGAN DUA GERGASI KEDAH...... #BeraniBeruba...
- GEMPAQ : JANGAN LARI KALAU JUMPA ULAQ.... @Mukhriz...
- @MukhrizMahathir TAHLIL BUAT ARWAH AZIZAN #PRKSgLimau
- TANGKAP AJE SAPA YG SEBAR GAMBAR/VIDEO.......... @...
- GADUH JANGAN TIDAK PULAK @MukhrizMahadir @Hishammu...
- SKETSA ORANG KUAT UMNO #PRKSgLimau
- TANAH RUNTUH 2 MAUT DI CAMERON HIGHLAND....
- GEMPAK: PAS DAH SEDIA KENDERAAN RASMI #PRKSgLimau ...
- CALON #PRKSgLimau MINTA DERMA UNTUK BERTANDING.......
- BARISAN NASIONAL BAKAL TUNGGING #PRKSgLimau
- Calon BN Gugup Di Sungai Limau
- BIAR BETUL INI @MukhrizMahadir MB KEDAH.....
- PENANG BANJIR, WA BERENANG AJE............
- UNDI DULU ORANG NEGERI KITA PUNAHKAN TRANFOMASI UM...
- AHLI UMNO TAKUT MEMBUAT PERUBAHAN... TRANFOMASI AT...
- Media Pembangkang Bantu Popularkan @Zahid_Hamidi
- TERKINI : @Zahid_Hamidi KEKAL NAIB PRESIDEN UMNO.....
- TERKINI KEPUTUSAN TERKINI NAIB PRESIDEN UMNO....
- AYAH @abby_abadi112 SETIA BERSAMA UMNO........
- VIDEO : @Zahid_Hamidi dan Samseng di Selangor ?
- LAWAN JEBAT DAN KESETIAN "HANG TUAH" NAMUN...........
- @MukhrizMahadir BAKAL KALAH............ #MMVP05
- "ChAI" UNTUK MAJLIS TERTINGGI DAH KUAR..........?
- PANAS : ADUN PENANTI LETAK JAWATAN..............?
- VIDEO : "Lembughini" BERAKSI DI LEBUHRAYA MRR2.......
- NAMPAK LUTUT!!! NASIB BAIK OTAK TAK LETAK KAT LUTU...
- Boss's Day : FITNAH MAKIN MENULAR WALAUPUN SESAMA ...
- APA!!! TAKKAN NAK TAMBAH DERITA LAGI KOT @ustazfat...
- TIADA DARJAT MEMISAHKAN KITA...... @AzeezPutera
- APA DAH JADI KAWAN PUN DEPA REPORT......
- KONSPRASI MENJATUHKAN @NajibRazak OLEH @MukhrizMah...
- POLITIK WANG MASIH SUBUR DIDALAM UMNO......?
- AHLI UMNO NIE "BODOH" ATAU CERDIK............?
- AMANAT TELAH DIBERIKAN OLEH PERWAKILAN BUAT EXCO P...
- BALIK PULAU DITENGELAMI AIR......BANJIR DAH NIE...
- UMNO BAHAGIAN TANJONG BERGOLAK.............CALON W...
- Keputusan Pemilihan Sayap UMNO #PemilihanUMNO
- KEPUTUSAN AWAL PEMILIHAN SAYAP UMNO.... TAHNIAH KA...
- VIDEO : JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN DARI MEKAH........
- DAP DAH HANCUR DI SELATAN....... UTARA BILA LAGI.....
- @anwaribrahim APA CERITA PULAK DAH..............?
- VIDEO : Mina, Arafah dilanda hujan lebat. DOAKAN J...
- BOLEH TAK SEDAR DIRI BILA BERCAKAP........ @TMohan...
- WA BIKIN BOLEH, LU JANGAN BIKIN SALAH MA!!!! @CmLi...
- HANGAT!! Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000 @Mukh...
- KENA TEMBAK, LEPAS NIE SALAHKAN @PDRMsia PULAK @K...
- YDP Pas Putrajaya hilang jawatan selepas berkunjun...
- APA LAGI YANG @KhairyKJ NAK............?
- UKUR BAJU PADA BADAN SENDIRI.................?
- ORANG MATI PUN @CMLimGuanEng BAGI BANTUAN......
- Singapura Curi RM62 Juta Subsidi Malaysia..!!!
- TAHNIAH @tunfaisal DITERIMA SEBAGAI CALON MT.... #...
- @MukhrizMahadir TARIK "HAND-BREAK" ATAU TARIK DIRI...
- NAIK MOTOR TAK PAKAI HELMET........... TAK APA @Kh...
- Dakwat Tidak Kekal DAP Satu Hukum Karma...........
- KESIAN PEMIMPIN UMNO YANG BUTA IT NIE....
- #KJ4KP APA LAGI @Khairykj
- VIDEO : Jenayah @Zahid_Hamidi DIDEDAHKAN.......
- APA HAL PULAK @AmenoWorld NIe.......
- KESIAN!!!! ORANG BALIK PULAU NIE MANGKOK HAYUN.......
- VIDEO GEMPAQ : SEJARAH DRAMA VERSI TAMIL TERCIPTA ...
- ALKISAH PAK MAT PEMANDU TEKSI...............LAGI G...
- @AzeezPutera MENGAMUK DI PARLIMEN....... JUAL KETA...
- VIDEO : POLIS GANAS PUKUL ORANG AWAM. @PDRMsia @KB...
- ROKOK BERPERISA DS ROSMAH PULAK.....
- MKP JADI SASARAN PENYOKONG @MukhrizMahadir
- @NajibRazak PULAK DIKAITAN DENGAN @MukhrizMahathir
-
▼
October
(86)
No comments:
Post a Comment