Thursday, October 17

Boss's Day : FITNAH MAKIN MENULAR WALAUPUN SESAMA UMNO....


Apa sudah jadi dengan UMNO. Fitnah memfitnah, buruk memburuk dan caci mencaci seperti sudah menjadi resam bagi mereka yang hendak bertanding merebut jawatan dalam parti setiap kali berlaku pemilihan.

Calon bertanding, bersama pasukan masing-masing, seolah-olah nampak lawan mereka dari kalangan sesama sendiri bagaikan musuh ketat yang perlu dihapuskan dan tidak wajar dibiarkan mencabar mereka dalam pertandingan berkenaan.

Sedangkan, sejak UMNO ditubuhkan lagi, sebaik sahaja seseorang itu mendaftar menjadi ahli, mereka tahu musuh parti itu ialah Pas, DAP dan PKR, bukan calon UMNO yang menawarkan diri untuk mencabar kedudukannya.

Tetapi dalam politik, pertandingan merebut jawatan dalam parti lebih penting daripada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang sekadar untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Inilah yang dapat dilihat ke atas UMNO hari ini. Calon yang menawarkan diri mencabar penyandang atau penyandang yang tidak mahu kedudukannya dicabar sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan pencabar atau penyandang.

MKP bukan apa semakin dekat dengan hari pemilihan macam-macam diterima. Kalau tak diberhentikan jugak nanti keluarlah gambaq korang.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive