exponegaraku

Thursday, October 10

VIDEO : Mina, Arafah dilanda hujan lebat. DOAKAN JEMAAH KITA @AzeezPutera


Jemaah Haji Malaysia majoritinya adalah diumur yang agak lanjut, Dengan berita yang kurang enak ini sudah pastinya merisaukan ahli keluarga yang berada di Malaysia. MKP doakan semoga tiada kejadian yang buruk berlaku kepada jemaah kita di sana. Ini adalah ketentuanya Redha dah tawakal padanya adalah lebih baik.

Seramai tujuh jemaah haji cedera apabila khemah-khemah terbalik dan berterbangan berikutan angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan Mina dan Arafah

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, Kolonel Abdullah Al-Harthi berkata, pihaknya telah menerima laporan amaran daripada Presiden Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) yang menyatakan kemungkinan hujan lebat di kawasan Mekah, lapor portal, Arab News.

Sehubungan itu, jabatan tersebut telah merangka perancangan untuk menghadapinya iaitu mendapatkan bantuan daripada tentera, memasang peralatan-peralatan yang diperlukan, menghantar pasukan bantuan dan memindahkan jemaah yang berada di kawasan terlibat.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive