Friday, October 18

LAWAN JEBAT DAN KESETIAN "HANG TUAH" NAMUN...........


Kisah Hang Tuah yang setia pada SULTAN walaupun sanggup membunuh rakan seperjuangan yang membesar bersama dan tidur sebantal. Apa sangat nilai persahabatan jika diukur dengan KESETIAN pada SULTAN.

Jebat pulak sanggup memberontak dan menderhaka pada Sultan demi membela nasib rakannya yang telah difitnah oleh orang ketiga. Janji setianya bersama hang Tuah sehidup semati akhirnya berkecai apabila Tuah yang telah bersumpah bersaudara membelot dan menjunjung perintah Sultan.

Akhirnya yang menang atau kalah tidak lagi bernilai kerana tersilap memilih. Kisah silam ini patut dijadikan panduan didalam memilih.

Senario pemilihan UMNO kali ini jelas menampakkan bahawa isu yang dilaungkan oleh calon-calon sekadar mengulangi retorik untuk memartabatkan bangsa Melayu tanpa membentangkan hala tuju yang terperinci mengenai tindakan yang bakal diambil untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Sebagai sebuah parti terbesar, pemilihan pucuk pimpinan UMNO bukan sekadar memilih pemimpin orang Melayu  sebaliknya turut membawa makna pemilihan pucuk pimpinan Malaysia, sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Semenjak proses pemilihan UMNO yang sedang berjalan, kita dapat saksikan perbahasan, debat atau perbincangan isu-isu menunjukkan UMNO belum dapat fokus kepada perkara-perkara yang penting untuk negara.

Ada banyak perkara yang harus diambil berat oleh mereka, perbahasan harus ditumpukan kepada isu-isu nasional namun apa yang dibangkitkan cuma isu-isu emosional sahaja, kalau ada yang kata kepentingan Melayu, tetapi tidak ada perbahasan yang betul-betul mengenal pasti ke manakah Melayu hendak pergi?

"Bagaimana orang Melayu hendak menghadapi dunia moden? Bagaimana orang Melayu hendak berdepan dengan kaum-kaum lain? Apakah kita hendak hidup bersendirian dan bersikap introverted?"

Berikut adalah Calon pilihan MKP






No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive