RAPID

Thursday, October 17

NAMPAK LUTUT!!! NASIB BAIK OTAK TAK LETAK KAT LUTUT.......


Penduduk di sekitar Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang. Kejadian ini menjadikan Hari Raya Aidil Adha disambut hambar oleh masyarakat Islam di sana.

Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi tsunami yang pernah melanda negeri itu.  Kerana itu, kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing mengenainya.

Sejak hari kejadian sehinggalah ke hari ini, kita masih tidak mendengar kenyataan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagi menunjukkan keprihatinan pada penduduk Balik Pulau.

Malah, bukan sahaja tiada kenyataan, bantuan juga tidak dihulurkan secara bersungguh-sungguh.  Secara dasarnya, hampir keseluruhan tindakan menyelamat dan membantu diletakkan di atas bahu kerajaan pusat dan pihak-pihak yang berkaitan kebajikan dan bencana alam.

Media milik pembangkang juga, tidak kira Roketkini, Harakahdaily, Keadilandaily mahupun laman-laman sosial rasmi termasuk blog pemimpin PR langsung tidak memberi perhatian kepada 1000 penduduk Balik Pulau seolah-olah mereka bukan satu isu langsung.

Sebaliknya, semua media pembangkang lebih menumpukan kepada usaha untuk membela penjenayah sambil menyerang Menteri Dalam Negeri.  Selain itu, mereka juga sibuk memperkatakan tentang Pemilihan UMNO.

Lebih ironi lagi apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi keutamaan kepada penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak berbanding Pulau Pinang.  Melalui program Impian Sarawak, Guan Eng terus bercakap tentang membela nasib rakyat Sarawak dengan memperbaiki infrastruktur negeri itu sedangkan di masa yang sama meminggirkan rakyat Pulau Pinang yang amat memerlukan perhatiannya.

Mungkin bagi Guan Eng, apa yang berlaku kepada penduduk Balik Pulau bukanlah tanggungjawabnya kerana cuaca bukanlah di bawah kawalannya.  Justeru, mereka tidak berhak menuntut pembelaan atau bantuannya sekiranya menghadapi masalah yang disebabkan oleh cuaca.

Bagaimanapun, tidak mustahil Guan Eng tidak begitu berminat untuk membantu penduduk Balik Pulau kerana majoriti mereka adalah orang-orang Melayu.  Kita faham, Guan Eng hanyalah Ketua Menteri untuk satu kaum, iaitu Cina.  Beliau akan pantas membela kaum Cina sekiranya menghadapi masalah tetapi akan pantas pula menindas kaum Melayu dan India sekiranya dianggap sebagai membawa masalah.

Sesungguhnya, hipokrasi dan sikap rasis Guan Eng sudah tidak dapat ditutup lagi.  Semakin hari semakin terserlah betapa busuknya hati Tokong ini.   Semoga rakyat Sarawak dapat menilai sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang dan dijadikan pengajaran agar nasib yang sama tidak menimpa mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Itulah perangai LGE sebenarnya. Dia hanya ketua untuk kaum CINA semata2. Kaum2 lain tidak akan dipandang sama sekali. Itupun penyokong2 pembangkang masih nak mengagungkan DAP yg terbukti rasis gila itu.. Ya ALLAH sesungguhnya kepadaMU kami berserah, tabahkan hati2 mereka yg menerima dugaanMU dengan berlapang dada. Murahkan rezeki mereka selepas ini, supaya mereka dapat meneruskan hidup dgn lebih selesa. AMIN YA RABBAL AL-AMIN...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive