RAPID

Wednesday, October 30

STOPA ALI MENGAMUK, TPM MINTA MAAF #PRKSgLimau


Minta maaf tidak semestinya buat salah. Malah meminta maaf amat dianjurkan dalam Islam sekiranya wujud salah faham yang terlalu sukar untuk diberikan penjelasan disebabkan fitnah lebih kuat daripada fakta.

Dalam kes Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didesak oleh Pas supaya meminta maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, terpaksa berbuat demikian kerana menyedari jika diberi penjelasan sebenarnya, pihak berkenaan tidak akan menerimanya.

Itulah yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehari dua ini. Muhyiddin yang turut turun membantu calon Barisan Nasional (BN) tidak terlepas daripada menjadi mangsa Pas dalam keadaan parti itu terdesak meraih sokongan pengundi.

Muhyiddin hadir pada program ramah mesra bersama waris murid dan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai Bajet 2014, subsidi gula, penyakit diebetis dan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.

Empat topik ini disampaikan secara bergabung, tetapi mempunyai maksud yang berlainan antara satu sama lain, tetapi pelapor portal propembangkang telah memutar belit kenyataan berkenaan.

Empat topik yang disampaikan oleh Muhyiddin telah digabungkan sehingga mempunyai satu maksud iaitu “Kerajaan terpaksa naikkan harga gula kerana bimbang jadi macam arwah Ustaz Azizan, kena penyakit kencing manis hingga kedua-dua kaki dipotong dan meninggal dunia”.

Kenyataan yang dirangkumkan sebaik mungkin oleh pelapor ini, bukan sahaja keluarga arwah Ustaz Azizah tersinggung, sesiapa sahaja pun, hatta penulis sendiri pun akan berkecil hati kerana bunyi maksudnya menghina ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Percayalah, bukan kenyataan sebegitu diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO. Topik pertama, beliau mengulas mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Oktober lalu.

Topik kedua, beliau menyentuh mengenai subsidi gula. Katanya, kerajaan terpaksa memansuhkan subsidi sebab menjadi punca kepada rakyat Malaysia menghidap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan manis, termasuk diebetis.

Topik ketiga, beliau menyatakan kepada hadirin bahawa pesakit yang menghidap diabetes paling tinggi di Malaysia. Kerajaan bimbang dengan kadar itu dan berusaha untuk melahirkan rakyat yang sihat.

Topik keempat pula, Muhyiddin berkata, pilihan raya kecil kawasan itu berlaku disebabkan kematian Ustaz Azizan akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan penyakit kencing manis.

Beliau menghentikan ucapannya di situ dan mengalih kepada topik pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan memerintah, kerajaan BN. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk membaik pulih 12 sekolah dalam DUN berkenaan, di samping bercakap mengenai sejumlah besar peruntukan disediakan kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan.

Ketika semua media cetak dan eletronik termasuk portal serta blogger melaporkan keempat-empat topik itu secara berasingan, alih-ahli sebuah portal propembangkang telah memutarbelitkan kenyataan itu dengan hasrat membantu Pas dan menghangatkan suasana pilihan raya kecil di situ.

Usahanya disambut sepantas kilat oleh Pengarah Jentera Pas PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar. Kebetulan beliau juga sedang melobi untuk mendapat sokongan perwakilan parti bagi perebutan jawatan Naib Presiden Pas pada 21 hingga 23 November ini, menggunakan isu itu untuk menjadi hero Pas.

Beliau masuk ke kampung-kampung menghasut dan menanamkan rasa benci pengundi kepada Muhyiddin, UMNO dan BN. Tidak cukup dengan itu, beliau mempergunakan anak arwah Ustaz Azizan untuk berlakon sedih, kononnya terkedu dan tersinggung dengan ‘penghinaan’ Timbalan Perdana Menteri terhadap keluarganya yang baru kehilangan orang tersayang.

Tersengeh lebar Mahfuz kerana cucukan jarumnya telah mengena.

Menyedari isu itu tersebar luas di kawasan Sungai Limau, Muhyiddin bertandang lagi untuk kali kedua, semalam. Beliau bertemu dengan Dewan Pemuda Pas Sungai Limau dan menjelaskan maksud kenyataan ucapannya terdahulu.

Pertemuan singkat tetapi penuh bermakna itu berakhir dalam suasana damai dan harmonis apabila Dewan Pemuda Pas menerima penjelasan itu dan menganggap kes berkenaan sudah berakhir.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive