Friday, October 18

PANAS : ADUN PENANTI LETAK JAWATAN..............?


Rakyat Penanti telah memilih serta memberikan amanat pada wakil mereka namum ADUN yang tak pernah senyum ini dan boleh dikatakan sombong. Korang tengok sendiri wajah yang MKP berikan diatas. Siap korek gigi lagi. MKP bertemu dengan ADUN ini petang semalam apabila menaiki kapal terbang di Sky Park Subang. MKP pekenalkan diri sebagai orang kuat anwar dan ternyata ADUN ini pecaya. Geng kat Penang nie senang aje nak menipu ADUN PKR nie depa bukan cerdik sangat pun. Ada "PAssword" kalau nak perkenalkan diri. Tapi kata-kunci tue biarlah MKP rahsiakan dulu.

Bila dah Check-in tue biasalah kena tunggu hampir dua jam baru boleh naik kapal terbang. Dikesempatan yang ada MKP cuba korek rahsia pada ADUN PKR nie.

Politik Pulau Pinang di khabarkan akan bergolak lagi seperti mana selepas PRU 2008 apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Penanti melepaskan jawatannya akibat konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Adun Penanti kini iaitu Dr Norlela Ariffin di khabarkan akan melepaskan jawatan akibat menerima tekanan politik dari pihak pihak tertentu di dalam PKR.....

Di maklumkan beliau amat tertekan dengan sikap anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang di lakukan oleh Adun ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK. dan yang terbaru telah di khabarkan Dr Norlela telah di marahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP.

Menurut satu sumber Pengerusi PKR negeri turut terlibat dalam konspirasi ini kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor tidak berpuas hati apabila Dr Norlela di sebut sebut sebagai seorang wakil rakyat yang kuat bekerja dan sejak menjadi Adun di kawasan tersebut telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah masalah tertunggak yang telah di tinggalkan oleh Dr Mansor sedangkan ketika beliau menjadi Adun sebelum PRU yang lalu beliau di lihat oleh penduduk setempat tidak mesra rakyat dan gagal untuk menyelesaikan masalah masalah yang di hadapi oleh penduduk Penanti terutamannya masalah banjir.

Tapi Dr Norlela pula walaupun baru sahaja memegang jawatan Adun tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah yang seian lama di hadapi oleh penduduk. Perkara ini menurut sumber tersebut telah membuat Dr Mansor terasa seolah olah beliau lansung tidak punya harga bagi rakyat penanti...

Apakah konspirasi terhadapa Fairuz bakal berulang lagi.... kita tunggu sahaja kerana kononnya Timbalan Ketua Menteri sekarang iaitu dato Rashid juga tidak selamat kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor juga tidak puas hati kerana gerak kerja TKM sekarang lebih laju berbanding dengan Dr Mansor ketika beliau menjadi TKM dulu...

2 comments:

Adi Junaidi said...

politik dalam Malaysia kite ni memeningkan...

tukang telek said...

Masaalahnya kita jenis manusia tak bersyukur. Sudah diberi rahmat sejak 50 tahun.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive