exponegaraku

Tuesday, October 29

TRAGEDI SUSU PEKAT FITNAH MAHFUZ AIBKAN @AzeezRahim #PRKSgLimau


Ini adalah jenama susu pekat yang bakal diberikan pada penduduk pada program yang dianjurkan UMNO Bahagian Baling esok. Bukan seperti yang didakwa oleh Mahfuz Omar yang terdesak mencari kesalahan serta mengaibkan Datuk Azeez Rahim dan Barisan Nasional.


Tarikh luput yang tertera pada susu pekat diatas adalah pada 03.03.2014. Pada Mahfuz MKP ingatkan jangan pulak kantoi kali ini nak menipu pun agak-agaklah.


Barang yang telah tersedia untuk diberikan pada penduduk pada program esok hari. Benda ini baru sahaja sampai sejurus MKP tiba dirumah UMNO Baling di Sungai Dedap. 


Ini adalah dapur yang digunakan oleh UMNO Baling untuk memasak pada petugas dari Bahagian Baling. Barang keperluan memang ada gambar Datuk Azeez Rahim tersedia didalam kotak. 


Datuk Azeez Rahim tak bertanding pada PRK Sungai Limau buat ape nak letak gambarnya. Barang ini senantiasa ada didalam simpanan UMNO Baling untuk keperluan mereka/petugas berkhimat dimana sahaja.Almaklum Datuk Azeez berada diamana sahaja apabila bencana melanda. 

Kenyataan Akhbar 
YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim 
Ketua Umno Bahagian Baling merangkap 
Ahli Parlimen kawasan Baling 


- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian 
Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu 
dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari 
pengundian pada 4 November ini. 

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen 
kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja 
tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang 
mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media 
pembangkang, Harakahdaily. 

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak 
ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ 
menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham 
Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan 
kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati 
berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong 
calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada 
beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang 
saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung 
sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar 
memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya 
mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan 
pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang 
perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau. 


3 comments:

Anonymous said...

Cuba google Omak kau. Kat situ gambar pon ada. Jelas tarikhnya... heh heh

Anonymous said...

Kalau gambar calon pun boleh di superimpose oleh parti harm jadah, inikan pula gambar susu, lagi senang.. heh heh

Anonymous said...

PAStor makin kuat kencingnye...Dah bercabang-cabang dah....puihhhh...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive