Setiap dari kita mempunyai cabaran serta liku kehidupan yang harus ditempuhi. Namun begitu cara mengatasi cabaran yang ditempuh itu memberikan seribu makna dan hikmah disebaliknya. Jika nawaitu serta semangat perjuangan yang ikhlas dan suci nescaya Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kita.
Alhamdulilah Rayuan Tun Faisal telah diterima sebagai calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah diterima oleh jawatankuasa pemilihan UMNO sebentar tadi. Ianya telah diumumkan oleh Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di PWTC. Tahniah Tun Faisal dari MKP...
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata:
Jumlah calon bertanding untuk Majlis Tertinggi: 260 orang.
Jumlah calon bertanding untuk pemilihan bahagian: 33,012 orang.
Jumlah Calon Muflis: 334 orang.
Menarik diri: 495 orang.
Tindakan Disiplin: 39 orang.
Jumlah keseluruhan perwakilan muflis: 1,703 orang.
Tan Sri Tajol Rosli Ghazali juga berkata, calon Majlis Tertinggi yang sebelum ini digugurkan kerana tidak menepati syarat, Tun Faisal Abdul Aziz dibenarkan untuk bertanding. Ini kerana beliau dicalonkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO.
Pemilihan UMNO kali ini agak berskala besar dan ramai yang terlibat, Ianya umpama pilihanraya. Persiapan rapi telah disusun oleh UMNO Malaysia untuk memastikan pergerakan dijamin bergerak lancar.
Setiap bahagian akan menerima 100 unit peti undi, 300 unit bakul untuk untuk kertas undi dan mesin kira undi sebanyak 10 unit.
Setiap bahagian juga akan menerima 200 helai baju sukarelawan untuk diedarkan kepada anggota yang bertugas pada pemilihan nanti.
Kesemua barangan ini akan diterima sebelum atau pada hari Khamis ini dan akan diedarkan kepada bahagian masing-masing untuk diguna dan diselia untuk hari mengundi Sabtu ini.
Kira-kira 30,000 petugas akan bertugas pada hari pemilihan nanti.
No comments:
Post a Comment