RAPID

Thursday, October 24

@MukhrizMahathir TAHLIL BUAT ARWAH AZIZAN #PRKSgLimau


Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak, tetapi bagi orang-orang PAS, waktu berkabung telah tamat. Malah, kita tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhi Allahyarham.

Sebelum arwah meninggal juga, terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan berita beliau jatuh sakit. Apabila beliau tenat, mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhan yang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yang berbaik-baik dengan UMNO.

Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.

Malah, dalam PRU yang lalu arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO. Namun, hubungan UMNO-PAS di Kedah di bawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umat Islam. Malangnya, sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yang menganggap beliau sebagai ‘pembelot’ kepada parti.

1 comment:

Anonymous said...

pening nk baca story kau...background biru font hitam...susah nk baca ..sbb tu xde org nk komen

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive