RAPID

Monday, October 21

BIAR BETUL INI @MukhrizMahadir MB KEDAH.....


Ini adalah gambaran sebenar yang mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah memang ikhlas membantu rakyat Kedah yang dilanda musibah Banjir ketika ini.Kalau dulu MB boleh bersenang lenang tapi tidak sekarang kena turun padang membantu rakyat. Ini adalah satu pendekatan yang inklusif bukannya Ekslusif. 

Rasanya hanya MB kedah sekarang nie sahaja kot yang boleh macam nie. MB negeri lain MKP tak pasti pulak. Lepas pemilihan UMNO masa untuk tumpukan pada PRK Sungai Limau.

Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno. Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman. 

Pengalaman melalui beberapa pilihan raya  kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN.  Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan.

Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS.  Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive