Friday, October 25

GEMPAQ : JANGAN LARI KALAU JUMPA ULAQ.... @MukhrizMahadir #PRKSgLimau


"Memang kalau ular masuk rumah dikawasan bendang" kata orang Kedah. Tapi untuk orang luar dari kedah Maksud BENDANG itu adalah sawah padi. MKP bersama rakan-rakan Pemuda UMNO Pulau Pinang meredah kawasan Kampung disini untuk mengetahui dan merasai sendiri denyut nadi penduduk setempat.Kebetulan rumah penduduk kampung dimasuki ular tedung selar didalam gambaq nie. Apa lagi depa pun masuk pi bunuh ular tersebut. Apa pun sempat jugalah berbakti pada tuan rumah.

Tapi persoalan yang sedang bermain diminda penduduk kampung ialah Projek Mega yang telah diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Paduka Diraja Mukhriz Mahadir. Projek yang dinamakan ZIPY ini bakal mengambil tanah penduduk kampung untuk perlaksaannya. Akan tetapi MKP sempat menunjukkan keratan janji yang telah dibuat oleh Menteri Besar Kedah baru-baru ini.


Selepas melihat dan mendengar penjelasan kelegaan Penduduk kampung nampaknya lega dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh MB kedah ini. Sememangnya Rakyat Kedah terhutang budi pada Mantan Perdana Menteri Tun Mahadir. Elok jugak benda sebegini bakal mengukuhkan Barisan Nasional di Kedah Darul Aman.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive