Sunday, October 2

Balik Kepada Asal Tun M.



 Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini. 

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah. 

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus. 

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat." 


"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya. 

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah." 

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara. 

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil. 

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama. 

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir. 

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis. 

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya. 

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.



MKP kata ahli tidak marah kepada Parti /keramat iatu UMNO akan tetapi disesetengah bahagian tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka,terbaru PM DS Najib telah menyatakan sokongan terhadap Namewee  ini suatu tindakkan yang menguris hati dan perasaan sesetengah pihak yang tidak pernah menghina negara (lagu negaraku)dan lain-lain lagi.Akan tetapi sekarang Namewee babi nie dah diangkat menjadi hero satu malaya.

Utusan buat laporan polis ke atas Namewee



Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan, didakwa lucah terhadap syarikat milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof, yang dikeluarkan oleh penyanyi rap berkontroversial Wee Meng Chee atau dikenali Namewee menerusi satu klip video Internet baru-baru ini.
Mingguan Malaysiadalam laporannya hari ini berkata, laporan itu dibuat berikutan atas alasan Namewee(gambar) menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.
Akhbar edisi Ahad memetik Penasihat Undang-undang Kumpulan Utusan Mohd. Jefri Daman berkata, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya.
Ia tidak menyebut bila laporan itu dibuat tetapi laporan ini diterbitkan dua hari selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Wee, penulis lirik dan pembikin filem yang berkontroversi, sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia.
Beliau menyatakan demikian meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.
Najib berkata Wee seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.
Dalam artikel itu penulis akhbar itu berkata tidak akan memberi sokongan kepada filemnya walau ia menerima pujian sebanyak mana sekalipun.
Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep 1 Malaysia.
Kata akhbar itu ia bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu tetapi kerana ia hasil karya Wee yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara ini dan menghina lagu Negaraku.
Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam artikel tu.
Wee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Kata Najib, Wee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1 Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.
“Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia,” kata Najib yang juga Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin.
Kata Najib, beliau menggalakkan Wee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai pemblog atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.
MKP kata bermula dengan utusan lepas tue kita start dengan NGO pulak.Apa kata.

Rakyat Kelantan/PAS kena Tipu Oleh Wali Selipar.


Sudah lima kali apabila hendak sampai pilihanraya pasti isu hukum hudud dimainkan oleh wali selipar Nik Aziz apa motifnya?adakah hendak meraih undi simpati atau kesian dari ahli kononya wali ini seorang sahaja memperjuangkan Islam dan mengamalkan sebenar-benarnya hukum Islam ini.Bukan sekali ditipu dah banyak kali bermula pada pilihanraya 1990 telah dilaungkan isu hudud ini akan tetapi perlaksanaan entak sampai bila hendak dilaksanakan dikelantan.Pada mulanya disalahkan Tun Mahadir kerana tidak memberikan kelulusan kali ini salahkan pemerintahan DS najib pulak.Persamaan yang hendak disampaikan disini ialah jika 3 orang  pencuri  melakukkan kesalahandan ditangkap.tiga pencuri itu 1melayu islam,1cina dan 1india nescaya cina dan india dijatuhkan hukuman mengikut undang mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5tahun dan dilepaskan selepas itu dan menjalani kehidupan seperti biasa akan tetapi berbalik kepada 1 orang lagi melayu beragama islam dijatuhkan hukuman mengikut hukum hudud.Hukumannya potong tangan dan beliau menjalani hukuman tersebut.tangannya telah dipotong.Kelangsungan hidupnya selepas itu apa beluai boleh berkerja selepas itu untuk mencari makan.dimanakah keadilan yang dilaungkan sedangkan cina dan india menjalani kehidupan seperti biasa selepas lima tahun.

Kesimpulanya negara kita iatu Malaysia mempunyai 30 kaum etnik dan berbilang bangsa dapatkah kita melaksanakan apa yang dimerapukan oleh wali selipar dan jika ingin sangat melaksanakan buatlah dinegeri yang deperintahkan oleh pakatan terlebih dahulu.Pastinya DAP berdehem semuanya pakat tarik hand-break.

Ucapan nik aziz semasa Kongres Sambutan 60 Tahun Pas


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandatori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Nik Aziz berkata, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Pas bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan, Nik Aziz berkata, pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam.

“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai Pas di Kelantan berpecah empat... hancur Pas Kelantan.

“Saya antara orang yang sokong, tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya.

Saturday, October 1

Ajar Namewee Erti Kurang Ajar



Heboh tayangan filem baru Nasi Lemak 2.0 Wee Meng Chee atau Namewee di panggung wayang. Kononnya Namewee sudah berubah. Sejauh manakah kebenarannya apabila saya melihat satu lagi video rakamannya mengkutuk penulis Utusan kerana filem tersebut.
Rakaman “Namawee F*** Utusan” yang disiar selama 4.21 minit itu benar-benar menunjukkan beliau bukanlah pelajar yang professional dan berpendidikan tinggi. Menghina bukanlah cara terbaik untuk menutup aibnya suatu ketika dahulu.
Nasi Lemak 2.0 merupakan filem pertamanya yang mendukung gagasan 1 Malaysia sebagai tanda menyokong Perdana Menteri Negara. Biarpun filem tersebut dibarisi pelakon ternama seperti Afdlin Shauki dan Adibah Nor dan ramai lagi, Fauziah Arof (Penulis Utusan ) enggan menonton filem tersebut kerana kemunculan Namawee di dunia hiburan semuanya mempunyai agenda memperlekeh rakyat, bangsa dan negara sendiri menerusi lagu-lagu yang diciptanya sebelum ini.
JIka dilihat dari rakaman youtube Namawee begitu marah dengan pendapat Fauziah Arof ini kerana tidak menyokong filem Nasi Lemak 2.0.
Namawee perlu terima kritikan tersebut kerana beliau muncul dan popular atas tiket kontorversi menghina negara suatu ketika dahulu. Walaupun ianya sudah tidak dipanjangkan oleh pihak tertentu, beliau perlu berterima kasih kerana masih diberi peluang dan terselamat dari tindakan undang-undang.
Lantaran itu, pendapat Fauziah Arof itu perlu dijadikan teladan supaya beliau tidak mengulangi perbuatannya di masa hadapan.
Kritikannya suatu ketika dahulu begitu menghiris hati rakyat. Beliau perlu akur perbuatannya itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya sendiri.
Fauziah Rauof melontar pendapat dengan cara yang betul. Manakala Namawee menggunakan platform yang salah untuk mewujudkan jurang di antara rakyat. Sekaligus menimbulkan reaksi negative antara kaum dalam Negara.
Namawee perlu terima pendapat tersebut jika beliau benar menyokong gagasan 1 Malaysia. Bukankah sudah menjadi adat, orang seni terbuka dengan pendapat orang lain untuk memantapkan mutu perfilemannya di masa akan datang.

Drama Fukatan dlm Hudud.




MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdolak dalik lagi berhubung perjuangan parti itu khasnya pelaksanaan hukum hudud di bawah pentadbiran PAS, apabila kenyataan terbarunya membelakangkan keputusan muktamar PAS yang kononnya mahu menegakkan sebuah negara berkebajikan.
Selepas kejutan Jun lalu, rakyat disemaikan dengan fikiran kononnya perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sudah berkubur. Bagaimanapun, edisi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu tidak semena-mena membangkitkan semula isu lama mahu terus menunaikan niat dan janji melaksanakan hukum hudud yang terpendam sejak 20 tahun lalu.
Seperti biasa, kenyataan Nik Aziz mendapat tentangan DAP. Hanya beberapa jam selepas Nik Aziz membuat kenyataan mengenai hasratnya itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting.
Walaupun nampak tidak sekeras ugutan supaya melangkah mayatnya dulu Karpal memberi hujah politik dan undang-undang mengenai mengapa penubuhan kerajaan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam suasana rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Agak menarik apabila melihat Nik Aziz amat tegas dengan pendiriannya dan seolah-olah tidak kisah sekiranya Karpal meleraikan ikatan pakatan yang tidak pernah dimeterai secara rasmi. Menteri Besar itu seolah-olah mahu menghalau DAP jika parti bertunjangkan bangsa Cina itu terus membantah niat PAS menubuhkan kerajaan Islam dan hukum hudud.
Perhatian rakyat selepas ini sudah pasti bertumpu kepada reaksi DAP. Apakah ia mahu terus diheret dalam kancah konflik identiti PAS yang masih kabur antara agenda menubuhkan negara Islam atau negara kebajikan... atau membuat keputusan tegas membabitkan kerjasama dengan PAS. 
Bagi PAS pula, ahlinya tersepit antara perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di kalangan golongan ulama dan agenda untuk menawan Putrajaya di kalangan pemimpin muda yang lebih liberal.
Bagi pengkaji politik, ramai melihat Nik Aziz yang disanjung sebagai ulama PAS, terus berdolak dalik berikutan kegagalan parti itu melaksanakan undang-undang Islam terutama di Kelantan. Pendirian tidak tetapnya itu menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin serta ulama dan menganggap ia sebagai permainan atau drama politik.
Jika Nik Aziz ghairah melaksanakan hukum hudud, rakyat juga sebenarnya tidak sabar melihat sejauh mana keberanian parti itu berbuat demikian, khasnya dalam menghadapi kecaman daripada DAP.
Secara terbuka DAP sudah pun menjelaskan pendirian bahawa langkah mayat mereka dulu sebelum PAS melaksanakan sebarang undang-undang Islam, apa lagi impian mereka untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
Daripada senario semasa, Nik Aziz tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkenaan, kerana orang yang disebutnya sebagai penghalang utama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan lagi Perdana Menteri.
Baru-baru ini, Dr Mahathir secara sinis membuat kenyataan terbuka bahawa Nik Aziz tidak perlu lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan.
Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hukum hudud). Pi la tanya Najib, kot dia nak bagi ini. Ini dia dok salahkan saya, kononnya pasal saya (PAS) tak dapat laksanakan hukum hudud, tegas Mahathir
Mungkin dalam hal ini, Najib yang telah bertolak ansur dan memberi pertimbangan serius dalam banyak isu sensitif termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), boleh mengkaji semula surat terbabit dan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk cuba membuat pindaan perlembagaan peringkat negeri.
Nik Aziz perlu diberi peluang untuk melaksanakan undang-undang, kerana kerajaan PAS Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abu Bakar tidak berani mendahului Nik Aziz dan pernah membuat kenyataan untuk melihat dahulu hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Ariffin, pernah berkata dia pernah mendengar sendiri Nik Aziz ketika ditanya mengenai hudud dan menjawab: Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya.
Justeru, sekiranya ditakdirkan Najib akhirnya membenarkan kerajaan PAS meneruskan usaha dalam cubaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan rakyat sudah pasti mahu melihat sama ada Nik Aziz dan PAS boleh meyakinkan parti sekutu dan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang berkenaan.
Ia tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam tanpa persetujuan semua pihak atau mendapat sokongan yang cukup dari semua parti politik.
Nik Aziz tidak boleh berkata dia mahu undang-undang hudud dilaksanakan, dia perlu menggerakkan usaha ke arah merealisasikan impian terbabit.
Tapi apa yang pasti ketika ini, pemimpin dan ahli PAS lain sudah pasti pening kerana tidak tahu sama ada mereka sebenarnya masih dalam agenda meneruskan impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam, atau sebuah negara kebajikan... hanya Nik Aziz yang boleh memberi jawapannya.
Bagi DAP, PAS ibarat duri dalam daging kerana risiko meneruskan kerjasama dengan parti itu amat tinggi dan sekiranya tidak ditangani dari sekarang sejarah kekalahan terburuk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999 mungkin berulang.

Guan Eng Mengaku Lidahnya Bercabang.



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memohon maaf kepada kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rakyat negeri Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor adalah tidak ikhlas.


Ketua Menteri Pulau Pinang Berlidah seperti bewak dah minta maaf tapi dia tuduh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) tapi kalau tak salah kenapa pula minta maaf?


Guan Eng meminta maaf kepada semua pihak bukan saja Sultan dan rakyat Johor tetapi juga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan negara.


polis  yang bersungguh-sungguh memastikan  pengurangan kadar jenayah dalam NKRA kita yang juga membantu dia di Pulau Pinang memang rasa bukan hanya terkilan tapi dengan cara nak minta maaf kepada tuanku sahaja adalah tidak kena.



Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang tengahari tadi memohon maaf dan memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.
Sebelum ini Guan Eng dalam satu temuramah di luar negara telah menyatakan bahawa Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang.
Namun demikian, perkara tersebut telah disanggah oleh Guan Eng sehinggalah tersebar rakaman wawancara yang membuktikan perbualan tersebut memang berlaku.
Sebelum ni dia kata dia tak buat tapi sekarang ni dah ada rakaman yang tunjuk bahawa dia buat dan Tuanku telah pun bertitah sebegitu rupa jadi dia cuba nak menyelamatkan perkara yang memang dia salah dan menimbulkan kemarahan ramai rakyat Johor.

SHEB Pemuda UMNO Lancar Van Pelbagai Guna Untuk Masyarakat



Pemuda UMNO menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandarnya (SHEB) hari ini menempa sejarah apabila melancarkan van pelbagai guna yang pertama di negara ini dalam usaha memberikan khidmat kepada masyarakat.
Pengerusi SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata van serbaguna bergerak itu adalah untuk mempelbagaikan fasiliti khidmat terhadap masyarakat terutama kepada penduduk bandar.
Menurut beliau van serbaguna itu yang diubahsuai dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kemudahan canggih akan memberi dimensi baru dalam aspek penyediaan perkhimatan kepada masyarakat.
“Antara keistimewaan van ini ialah boleh bertindak sebagai ambulan ehsan, klinik bergerak kemudahan internet Wifi 4G, Outdoor Tv project, bilik gerakan, pusat temuduga serta ruang papan iklan.
“Van ini juga boleh digunakan untuk pentas politik seperti tempat untuk ceramah, pendaftaran ahli serta pengundi, pusat operasi dan pusat pengedaran.
“Selain itu, dari sudut perubatan, van bergerak ini juga menyediakan makmal perubatan diagnos yang pertama di negara ini yang mana akan memberi ruang kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan jantung, kencing manis dan sebagainya lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di PWTC, di sini, hari ini.

Tengku Azman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang seterusnya menambah pelbagai program telah diatur dan sehingga hari ini, sebanyak 15 program akan diadakan dalam masa terdekat di sekitar Lembah Klang.
“Khidmat kita tidak statik dan tidak akan berada setempat sahaja sebaliknya akan pergi ke kawasan tertentu dalam menyediakan khidmat kepada orang ramai menerusi kemudahan yang ada pada van bergerak SHEB ini.
“Justeru, kita mengharapkan orang ramai dapat menggunakan kemduahan yang diseiakan ini untuk kepentingan bersama. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib yang begitu prihatin terhadap rakyat dengan merealisasikan van bergerak SHEB hari ini,” katanya. -MediaUMNO

Friday, September 30

PANAS Klip Video Adun Kota Angerik.


Klip video bertarikh 19 September itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak senonoh dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’

Klip video 'Undilah' tidak disenangi masyarakat



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,Katanya penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Mengenai program merakyatkan seni, Rais berkata tujuannya untuk memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa akar umbi budaya, seni dan bahasa dalam konteks membina negara.

"Kaum-kaum lain pula cuba berazam mengekalkan budaya mereka sementara orang Melayu mengetepikan soal perpecahan menerusi siasah dan bersatu di bawah panji-panji seni budaya kita,"katanya.

Rais berkata 180 program Merakyatkan sSni yang diadakan setiap tahun akan diselitkan dengan pengertian 1Malaysia dan penterjemahan transformasi kerajaan ke arah pembaharuan yang positif. -



MKP kata rakyat bersuara kerana video itu dilakonkan oleh namewee membuatkan rakyat marah.jika tiada namewee mungkin akan diterima.Kepada pihak yang berkenaan fikirlah apa yang patut.

Blogger Rangking.


Tahniah kepada Papagomo menjadi pendahulu carta dikalangan 50 blogger Pro Bn.Yang nak ditekankan disini ialah peningkatan blog DR MIM kita yang telah naik ketangga Kedua.dengar berita sekarang MIM  bercuti di indonesia tahniah kepada beliau.MKP telah berada  dikalangan TOP 50 jugak walaupun teruk merudum dimasa ramadhan lepas.insyaallah akan meneruskan perjuangan hingga kePRU 13 yang dijangka sudah dekat masanya.Jutaan terima kasih kepada pengunjung/pembaca serta pengikut blog yang setia hingga kehari ini.


Sedikit tentang kisah Blog ini Matkilau Penang.Saya bermula kurang dari setahun lepas pada 8hb october 2010 .yang uniknya MKP bukan lahir diPulau pinang akan tetapi diPulau Langkawi Kedah.Sempoi sikit ceritanya.Atas nasihat serta pendapat rakan seperjuangan saya mengambil cabaran tersebut dengan memulakan blog ini.Pada mulanya agak sukar mencari bahan dan maklumat untuk menulis akan tetapi dengan minat serta dorongan rakan-rakan otai alhamdulilah semuanya berjalan lancar.Terima kasih tak terhingga kepada PISAU,EMPAYAR PEMUDA,PEJUANG BANGSA.ANAK SEBERANG,MIM blogger terhebat dari Pulau Pinang.serta tidak ketinggalan rakan seperjuangan dari seantero Malaya jika hendak dimuatkan rasanya banyak.Perjuangan ini bukanlah mendapat apa-apa habuan seperti yang digemburkan.saya berjuangan demi sayangkan Parti UMNO demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta.Semua kos ditanggung Sendiri serta minat terhadap dunia maya ini.
SEkian terima kasih.

Thursday, September 29

Siapa Lepas Lim Guan Eng?



Lim Guan Eng telah bertindak MEMPERLECEHKAN Johor dgn mempromosikan keselamatan Pulau Pinang melebihi keselamatan Johor Darul Takzim. Dan sesetengah dari kita melihat tindakan ini dari kacamata Guan Eng seorang Ketua Menteri Pulau Pinang yg memerlukan FDI dari negara Australia. Kebanyakkan kita juga melihat ini dari perspektif YANG TERSURAT iaitu kenyataan yg d buat Guan Eng. Kenapa Guan Eng tidak menyebut negeri Kelantan kalau bicara soal keselamatan kerana diketahui umum senjata pistol mudah melepasi kawalan sempadan di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Tumpat. KENAPA HARUS JOHOR YG SEMPADANNYA KETAT D KAWAL OLEH SINGAPURA DAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA. Kenyataan ini HARUS di TAFSIR dalam perspektif YANG TERSIRAT.


Ucapan Guan Eng mengenai Johor adalah berkenaan dendam. Kenapa? Apa yang menyebabkan Guan Eng amat tidak puas hati dengan Johor dlm konteks sekarang? Apa yg telah Johor lakukan pd Pulau Pinang sehingga memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan statment demekian? Jawapan......TIADA LANGSUNG DLM BENTUK FIZIKAL MAHU PUN TEORI. Guan hanya tidak puas hati dgn Umno.


Saban hari Guan Eng mencari kesalahan dan kelemahan Umno. Kenapa Johor menjadi sasaran? PD RAKYAT2 JOHOR...KETAHUI LAH BAHAWA NEGERI KAMU MERUPAKAN BENTENG PERTAHANAN POLITIK MELAYU TERAKHIR. Ini kerana sejarah bangsa Melayu d bumi melayu ini juga amat berkait rapat dgn bumi Johor. Sejarah Singapura juga berkait rapat dgn Johor. Umno d tubuhkan d Johor. Ic nombor Johor juga merupakan bilangan 01. Johor amat2 istimewa d sebelah selatan semenanjung. Negeri ini merupakan penghujung dunia benua Asia. Kebanyakkan pemimpin2 kanan umno juga bnyk dr Johor. TPM sekarang yg dah d line-up utk jawatan PM after next Presidency Umno juga dari Johor. Masa depan POLITIK negara Malaysia amat bergantung pd benteng UMNO d JOHOR.


Inilah antara SEBAB PALING TERSIRAT KENAPA LIM GUAN ENG perleceh Negeri Johor Darul Takzim. Jika mahu menghancurkan sesuatu organisasi, hancurkan vendor supplyer chain terhadap organisasi itu. Jika mahu Umno d hancurkan total, bentengnya perlu d binasakan. Macam mana nak hancurkannya? Dgn menimbulkan keraguan terhadap keselamatan negeri itu spy FDI tidak masuk. Dgn itu peluang perkerjaan baru tidak ada dan yg tengah ada akn memindahkan operasinya ke Selangor atau PP.


Bila rakyat sudah menganggur dan kehilangan perkerjaan, rakyat akan menyalahkan pemimpin negeri kerana kononnya isu rasuah dan ketidak-telusan menyebabkan negeri Johor jadi lingkup. Bila sudah sampai STAGE ni, apabila calon-calon Umno masuk bertanding dlm PRU, semua bakal kalah termasuk Timbalan Presiden Umno di Parlimen Pagoh. Bila ini berlaku di Johor maka lebih dan amat2 senang UMNO d talkinkan. Negeri2 lain telah dan amat senang d rempuh oleh DAP tetapi tidak di Johor.


Johor adalah BENTENG PERTAMA DAN BENTENG TERAKHIR MARUAH ANAK2 DAN BANGSA MELAYU. Tafsiran TERSIRAT ini jangan kita ambil mudah kerana Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yg pertama, ISTERINYA, Sebelum meninggal dan tutup mata telah berpesan pd LEE KUAN YEW---JANGAN PERNAH DAN JANGAN LANGSUNG PERCAYA PD ORG2 MELAYU. Singapura ONCE pernah berada dlm negeri Melayu Johor sebelum 1824.


Apa yg Lim Guan Eng utarakan ialah MENEFESTASI luahan isteri LKY itu. Jangan MEMPERCAYAI KESELAMATAN Johor yang d pimpin oleh org2 kanan Umno. Jika Umno d Johor tidak tumbang melalui pelemahan ekonomi negerinya melalui FDI, maka sampai bila2 pun Umno remain strong d bumi Malaysia ini. Kerana itu dap harus bersungguh2 membuat kenyataan MEMPERLECEHKAN Johor bagi tujuan melemahkan kepimpinan negeri dan moral Umno Johor supaya bila ini lemah maka RAKYAT JOHOR TIDAK AKN PERCAYA UMNO JOHOR LAGI DLM PRU. Anak2 JOHOR DARUL TAKZIM----------SILA AMBIL PERHATIAN. JIKA UMNO TUMBANG D JOHOR, KUASA MELAYU D PERSEKUTUAN JUGA TUMBANG MENJADIKAN MELAYU DEFENDLESS DLM KONTEKS POLITIK HARI INI.

MCA/GERAKAN HARAP KERUSI SUBSIDI.



BN perlu selamatkan sekurang-kurangnya 11 kawasan parlimen yang mempunyai majority lebih 50% melayu yang mana selama ini telah diberi kepada MCA dan Gerakan di atas prinsip perkongsian kuasa dan toleransi sesama komponen BN.

JIka pucuk pimpinan BN mengekalkan status quo semangat perkongsian kuasa ini, maka BN harus meletakkan 11 kawasan ini di dalam senarai hitam awal-awal lagi. BN juga harus bersedia dengan kemungkinan menanggung risiko kehilangan kuasa di peringkat federal buat pertama kali dalam sejarah.

Apa guna bersusah payah membuat percaturan yang sudah pasti akan membawa kekalahan? Ia umpama tindakan menyerahkan “teleher” untuk disembelih musuh secara percuma.

Ini tidak termasuk 9 lagi kawasan lagi yang mana Melayu merupakan kaum majoriti walaupun peratusannya tidak sampai 50%. Cuba lihat senarai di bawah:
1. Alor Star (Melayu 62.57 peratus)
2. Padang Serai (Melayu 54.72 peratus)
3. Gerik (73.49 peratus Melayu)
4. Tanjong Malim (51.23 Melayu)
5. Wangsa Maju (Melayu 52.45 peratus dan Cina 39.76 peratus)
6. Bandar Tun Razak (52.73 peratus dan Cina 39.47 peratus)
7. Alor Gajah (Melayu 57.81 peratus)
8. Ayer Hitam (Melayu 56.39 peratus)
9. Tanjung Piai (Melayu 50.16 peratus dan Cina 48.77 peratus)
10. Simpang Renggam (Melayu 54.51 peratus dan Cina 35.24 peratus)
11. Kuantan (Melayu 59.97 peratus)
12. Lumut (Melayu 48.77 peratus dan Cina 38.49 peratus)
13. Batu (Melayu 44.27 peratus dan Cina 40.77 peratus)
14. Selayang (Melayu 44.79 peratus dan Cina 38.24 peratus)
15. Pandan (Melayu 49.34 peratus dan Cina 45.04 peratus)
16. Kelana Kaya (Melayu 41.88 peratus dan Cina 38.72 peratus)
17. Petaling Jaya Selatan ( Melayu 39.62 peratus dan Cina 21.7 peratus)
18. Puchong (Melayu 43.58 peratus dan Cina 40.78 peratus)
19. Tebrau (Melayu 49.34 peratus dan Cina 36.97 peratus)
20. Raub (Melayu 49.12 peratus dan Cina 43.51 peratus)

9 dari 15 kerusi yang dimenangi MCA dan kesemua 2 kerusi yang dimenangi Gerakan pada PRU12 yang lalu adalah di kawasan dominasi melayu. Jika tanpa bantuan dan ehsan pengundi melayu, nescaya MCA hanya menang 6 kerusi sahaja, manakala Gerakan pula akan senasib dengan PPP.

Jika BN tidak menggunakan formula ini pada PRU12 yang lalu, mungkin hari ini BN masih memegang 2/3 majoriti di parlimen. Cuba lihat senarai kerusi yang di menangi oleh MCA dan Gerakan seperti di bawah;

MCA;
1. Alor Star (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus)
2. Lumut (jumlah pengundi Melayu 48.77 peratus manakala Cina 38.49 peratus)
3. Tanjong Malim (jumlah pengundi Melayu 51.23 peratus)
4. Pandan (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 45.04 peratus)
5. Alor Gajah (jumlah pengundi Melayu 57.81 peratus)
6. Ayer Hitam (jumlah pengundi Melayu 56.39 peratus)
7. Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 36.97 peratus)
8. Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu 50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus)
9. Raub (jumlah pengundi Melayu 49.12 peratus manakala Cina 43.51 peratus).

GERAKAN;
1.Tan Lian Hoe (Gerik - jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus)
2. Liang Teck Meng (S. Renggam - jumlah pengundi Melayu 54.51 peratus : Cina 35.24 peratus sahaja)

Wednesday, September 28

Hadiah Buat NameWee Lancau.


Terbaik dari rakan seperjuangan 1peluru.ini baru tembak kena melekat dekat Lancau 2.0. satu lagi hadiah buat lancau nie.lihat video dibawah.

Guan Eng Suka Cari Pasal Dengan Polis.


Guan Eng Ketua Menteri Lidah Bewak suka mencari pasal dengan Pihak Polis sebelum ini kisah terjadi dipulau Pinang dimana Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob telah naik angin dengan beliau.Dek kerana kenyataan lidah bercabangnya mempertikaikan tugas polis dari jabatan SB hanya mengekori ahli politik.Dan apabila berlaku demo yang dibuat oleh badan NGO lidah bewak ini sekali lagi menyalahkan pihak Polis dengan menyatakan tidak mampu menyekang pihak berkenaan.Serba salah pihak Polis Dibuatnya.Apabila beliau diugut pandai pulak nak buat laporan Polis,Guan Eng Lu apa mau?Isu keamanan kali ini dibangkitkan dinegeri johor dan pihak polis johor akan menyiasat dan bakal mendakwa beliau.Bolehkan beliau didakwa atau hanya ini sebagai penyedap hati.jika didakwa baguslah kami dari Pulau pinang menadah nyiru jika tangan tidak cukup.


Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.


Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.


"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.


"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan semalam.


Justeru, Mohd. Mokhtar dengan tegas meminta pihak berkenaan supaya lebih bijaksana dan berwaspada ketika membuat kenyataan kerana ia mampu menggugat keharmonian umum dan merencatkan kegiatan ekonomi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab itu.


"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dalam menjaga keamanan negara dengan perkara seperti itu," katanya.

Pulau Pinang Banyak Penjenayah.




Guan eng dok heboh kata Johor tidak selamat padahal negeri sendiri dah jadi negeri tidak selamat untuk dikunjungi apa dah jadi Guan eng.Bak kata pepatah hebat berkokok tapi ekor penuh tahi nie.dok pi jaga tepi kain orang tempat sendiri dah jadi dalcha marba.Masalahnya bukan besaq mana pun cuma arahkan anjing hang Weik Aik pi tengok kot ada deal mera deal kot.Mai Tang peniaga melayu pandai laju hampa pi buat kerja pastinya yang dok ambil parking haram nie kaum sebangsa hampa tue yang kuran jalan sikit kot.


Pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Upper di sini bukan sahaja dikenakan caj oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), malahan terpaksa membayar upah tambahan antara RM10 hingga RM20 kepada sekumpulan lelaki yang menjalankan kegiatan letak kenderaan haram di situ.


Aktiviti haram itu yang berlaku sekitar pukul 9 malam setiap Jumaat hingga 4 pagi Sabtu telah berlarutan sejak setahun lalu tetapi didakwa tidak ditangani secara serius oleh pihak penguatkuasa MPPP.


Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, meskipun marah dengan apa yang berlaku, pengunjung ke pusat hiburan berkenaan terpaksa juga membayar caj yang diminta kumpulan tersebut kerana khuatir kereta mereka dirosakkan.


‘‘Sebenarnya perkara ini bukan benda baru. Ramai lagi rakyat negeri ini mengalami nasib sama kerana kurangnya langkah penguatkuasaan diambil MPPP.


‘‘Buat apa mereka melanjutkan masa kutipan sehingga pukul 12 tengah malam di kebanyakan jalan kalau mereka sendiri tidak boleh mengutipnya. Baik batalkan sahaja langkah itu kerana ia tidak adil dan hanya membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.


Yeow Hooi berkata, MPPP perlu mengambil tindakan segera termasuk menjalankan pemantauan lebih kerap di jalan-jalan terbabit supaya kegiatan berkenaan tidak terus berleluasa.


‘‘Saya juga menyeru mereka yang mengalami situasi seperti itu untuk terus melaporkan kepada polis. Tidak usah takut. Kalau tidak buat (laporan), macam mana polis nak buat kerja.


‘‘Jika kegiatan ini terus berlaku, MPPP juga sepatutnya mengadakan kerjasama dengan polis bagi membendungnya. Jangan hanya pandai kutip duit rakyat, tetapi langkah penguatkuasaan tidak dilakukan,” ujarnya.


Utusan Malaysia.

NameWeee Lei Ma Cibai Lu.


tahniah kepada nameewee dan menteri yang memberi sokongan kepada beliau,inilah balasan yang diterima oleh  menteri berkenaan yang mengagungkan anjing kurap jalanan.Maki utusan malaysia.sesungguhnya kami yang selama ini tidak pernah membuat onar tidak de=iberi peluang begini.Terbakaq dada  tengok klip video ini.Dalam video ini siap bagitau dia sokong menteri dan satu malaysia.Kepala bapak dia.ternyata jika masih lagi berdiam diri akan diatas penghinaan ini elok sapa yang berjuangan untuk menegakkan dan mempertahankan utusan lepas nie bolehlah tutup kedai la.NGO ayuh bangkitlah buat laporan dengan penghinaan ini.

Adun Kena Maki Dengan Penduduk.



Lawatan Adun Bagan Dalam, A Tanasekharan bersama Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Farid Md Arshad ke Rumah Pangsa Seri Bagan di sini, dalam usaha meninjau masalah penghuni berlangsung dalam suasana tegang.

Sebahagian besar daripada penghuni terbabit menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka berkaitan kebersihan, ketidakselesaan dan kurangnya tanggungjawab pihak yang diamanahkan menyelenggarakan flat setinggi 13 tingkat selama ini.

Penghuni, Wahid Noor Mohamed, 48, berkata, sebahagian besar dari penduduk di situ terutamanya yang tinggal di tingkat bawah hidup dalam keadaan tidak selesa berikutan saluran paip najis sering tersumbat.

“Apabila saluran tersumbat, najis akan melimpah keluar melalui bilik air rumah di tingkat satu menyebabkan ruang tamu dan koridor berbau busuk,” katanya.

Bagi Mohd Uzhair Zainal Abidin, 45, keadaan sampah yang terbiar dalam tempoh yang lama juga turut mengundang masalah.

“Sepatutnya MPSP dapat bertindak tegas terhadap pihak yang diberi tanggungjawab menyelenggarakan kebersihan di sini, memandangkan aduan dibuat banyak kali sebelum ini,” katanya. 



MKP kata eloklah dah nak dekat pilihanraya baru mai sua muka.macam mana penduduk tak marah dengan ADUN nie.Bila kempen janji macam-macam lepas menang baut tak tau?inilah yang diamalkan oleh DAP dan sekutu.

Tuesday, September 27

Hudud Ala PAS.




terbaik dari PADIJANTAN berkisar tentang retorik pemimpin PAS yang hanya tahu mengunnakan Islam Demi kepentingan Politik Mereka.

Pemuda BN buat laporan SPRM berhubung projek SPICE



Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Bawah Tanah Pulau Pinang (SPICE) di Relau yang didakwa merugikan rakyat.


Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, rakyat negeri ini berhak mengetahui maklumat tepat berhubung perjanjian itu yang didakwa hanya menguntungkan pihak pemaju.


“Jika benar terdapat skandal dalam perjanjian berkenaan, ia wajar dihentikan supaya tidak berlaku penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di sini hari ini.
Tong Keong berkata, Pemuda BN telah memulakan kempen mengumpul tandatangan daripada orang ramai bagi membantah perjanjian pembinaan projek itu.


Laporan akhbar hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta SPRM menyiasat pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) yang didakwa hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.


SPICE yang menelan kos sebanyak RM300 juta akan dibina di atas tapak PISA termasuk membaik pulih dan menaik taraf PISA serta Pusat Akuatik.

Pengerusi BN Penang Jatuh Basikal.



Really Gambar Koh Tsu Koon Jatuh Basikal pada program kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran yang diadakan beberapa hari lepas. Dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi, kayuhan amal itu juga di hadiri oleh Najib Razak, Koh Tsu Koon dan beberapa orang jemaah menteri lain.



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.

Katanya satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.

"Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lepas akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.

"Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Taman Chai Leng, dekat sini, hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Balan Mohan.

Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan," kata beliau.

Katanya beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500...syarat itu jelas merugikan rakyat," katanya.

Beliau berkata BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.

"BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini," katanya. -- BERNAMA




Monday, September 26

ANAK-ANAK JOHOR!! SILA AMBIL PERHATIAN!



Lim Guan Eng telah bertindak MEMPERLECEHKAN Johor dgn mempromosikan keselamatan Pulau Pinang melebihi keselamatan Johor Darul Takzim. Dan sesetengah dari kita melihat tindakan ini dari kacamata Guan Eng seorang Ketua Menteri Pulau Pinang yg memerlukan FDI dari negara Australia. Kebanyakkan kita juga melihat ini dari perspektif YANG TERSURAT iaitu kenyataan yg d buat Guan Eng. Kenapa Guan Eng tidak menyebut negeri Kelantan kalau bicara soal keselamatan kerana diketahui umum senjata pistol mudah melepasi kawalan sempadan di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Tumpat. KENAPA HARUS JOHOR YG SEMPADANNYA KETAT D KAWAL OLEH SINGAPURA DAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA. Kenyataan ini HARUS di TAFSIR dalam perspektif YANG TERSIRAT.


Ucapan Guan Eng mengenai Johor adalah berkenaan dendam. Kenapa? Apa yang menyebabkan Guan Eng amat tidak puas hati dengan Johor dlm konteks sekarang? Apa yg telah Johor lakukan pd Pulau Pinang sehingga memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan statment demekian? Jawapan......TIADA LANGSUNG DLM BENTUK FIZIKAL MAHU PUN TEORI. Guan hanya tidak puas hati dgn Umno.


Saban hari Guan Eng mencari kesalahan dan kelemahan Umno. Kenapa Johor menjadi sasaran? PD RAKYAT2 JOHOR...KETAHUI LAH BAHAWA NEGERI KAMU MERUPAKAN BENTENG PERTAHANAN POLITIK MELAYU TERAKHIR. Ini kerana sejarah bangsa Melayu d bumi melayu ini juga amat berkait rapat dgn bumi Johor. Sejarah Singapura juga berkait rapat dgn Johor. Umno d tubuhkan d Johor. Ic nombor Johor juga merupakan bilangan 01. Johor amat2 istimewa d sebelah selatan semenanjung. Negeri ini merupakan penghujung dunia benua Asia. Kebanyakkan pemimpin2 kanan umno juga bnyk dr Johor. TPM sekarang yg dah d line-up utk jawatan PM after next Presidency Umno juga dari Johor. Masa depan POLITIK negara Malaysia amat bergantung pd benteng UMNO d JOHOR.


Inilah antara SEBAB PALING TERSIRAT KENAPA LIM GUAN ENG perleceh Negeri Johor Darul Takzim. Jika mahu menghancurkan sesuatu organisasi, hancurkan vendor supplyer chain terhadap organisasi itu. Jika mahu Umno d hancurkan total, bentengnya perlu d binasakan. Macam mana nak hancurkannya? Dgn menimbulkan keraguan terhadap keselamatan negeri itu spy FDI tidak masuk. Dgn itu peluang perkerjaan baru tidak ada dan yg tengah ada akn memindahkan operasinya ke Selangor atau PP.


Bila rakyat sudah menganggur dan kehilangan perkerjaan, rakyat akan menyalahkan pemimpin negeri kerana kononnya isu rasuah dan ketidak-telusan menyebabkan negeri Johor jadi lingkup. Bila sudah sampai STAGE ni, apabila calon-calon Umno masuk bertanding dlm PRU, semua bakal kalah termasuk Timbalan Presiden Umno di Parlimen Pagoh. Bila ini berlaku di Johor maka lebih dan amat2 senang UMNO d talkinkan. Negeri2 lain telah dan amat senang d rempuh oleh DAP tetapi tidak di Johor.


Johor adalah BENTENG PERTAMA DAN BENTENG TERAKHIR MARUAH ANAK2 DAN BANGSA MELAYU. Tafsiran TERSIRAT ini jangan kita ambil mudah kerana Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yg pertama, ISTERINYA, Sebelum meninggal dan tutup mata telah berpesan pd LEE KUAN YEW---JANGAN PERNAH DAN JANGAN LANGSUNG PERCAYA PD ORG2 MELAYU. Singapura ONCE pernah berada dlm negeri Melayu Johor sebelum 1824.


Apa yg Lim Guan Eng utarakan ialah MENEFESTASI luahan isteri LKY itu. Jangan MEMPERCAYAI KESELAMATAN Johor yang d pimpin oleh org2 kanan Umno. Jika Umno d Johor tidak tumbang melalui pelemahan ekonomi negerinya melalui FDI, maka sampai bila2 pun Umno remain strong d bumi Malaysia ini. Kerana itu dap harus bersungguh2 membuat kenyataan MEMPERLECEHKAN Johor bagi tujuan melemahkan kepimpinan negeri dan moral Umno Johor supaya bila ini lemah maka RAKYAT JOHOR TIDAK AKN PERCAYA UMNO JOHOR LAGI DLM PRU. Anak2 JOHOR DARUL TAKZIM----------SILA AMBIL PERHATIAN. JIKA UMNO TUMBANG D JOHOR, KUASA MELAYU D PERSEKUTUAN JUGA TUMBANG MENJADIKAN MELAYU DEFENDLESS DLM KONTEKS POLITIK HARI INI.


Hasil nukilan Mamluk Qalawun

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive