Jenayah tembak menembak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini meresahkan semua pihak. Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku. Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu. Dalam kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan.
Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang. Akta EO dan ISA membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah.
Pembangkang telah berhujah bahawa Akta ini tidak adil kerana ia membolehkan seseorang dihukum atau ditahan tanpa bicara sedangkan jenayah belum lagi dilakukan mereka. Kata pembangkang, tindakan ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Lagipun, kata mereka, rakyat Malaysia telah terdidik dengan baik dan tidak lagi memerlukan sebarang Akta yang tidak bertamadun sebegini.
Akhirnya, kerajaan menerima hujah pembangkang. Sejurus selepas itu, seramai lebih kurang 2,000 tahanan EO di Simpang Renggam telah dibebaskan.
Pembangkang pun begitu bangga mendabik dada atas kejayaan mereka menegakkan hak asasi manusia dan memperjuangkan keadilan dalam negara.
Namun, apa yang dikhuatiri oleh pihak polis yang meragui keputusan untuk menghapuskan Akta tersebut kini menjadi nyata. Hari ini, penjenayah tegar, kepala samseng, pembunuh upahan kembali menyambung perancangan mereka yang tergendala apabila ditahan. Mereka juga pastinya mempunyai rancangan baru. Hasilnya ialah apa yang dapat kita lihat pada hari ini di mana kejadian tembak menembak menjadi-jadi.
Apa yang berlaku menyebabkan rakyat marah dan geram serta menyalahkan pembangkang. Rakyat juga musykil mengenai motif sebenar pembangkang untuk melepaskan penjenayah serta meletakkan negara dalam keadaan cemas.
Menyedari masyarakat kini mencemuh mereka, pembangkang terpaksa mencari jalan mengalih pandangan rakyat ke arah lain. Maka, muncullah video-video program-program anjuran kerajaan yang dikatakan sebagai mengalih perhatian polis sehingga terlepas pandang terhadap jenayah yang berleluasa. Kononnya, polis tidak menumpukan perhatian pada kerja yang penting kerana sibuk mengawal program kerajaan. Muncul juga saranan agar menambah pasukan polis bantuan atau polis swasta bagi membantu mengawal keadaan.
Namun, rakyat lebih tahu bahawa penyelesaiannya sebenarnya terletak kepada Akta EO dan ISA. Kembalikan saja akta tersebut dan tidak perlu melalut melilau terpinga-pinga mencari jawapan. Tidak perlu dijaga air muka lagi atau ego sesiapa lagi. Ini adalah soal nyawa rakyat dan keselamatan negara. Ini adalah soal kestabilan dan imej negara. Dan jika berlarutan ia boleh menjejaskan ekonomi negara.
Justeru, pembangkang perlu mengaku sahaja bahawa mereka telah tersalah langkah. Mengaku sahaja bahawa idea mereka untuk menghapuskan Akta-akta pencegahan adalah idea yang tidak bijak.
Maka, pembangkang wajar mendesak dan mengasak kerajaan sekali lagi agar mengembalikan akta tersebut dan bukannya menghentam polis atau mengambil sikap tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku kini. Hakikatnya, pembangkang turut bertanggungjawab ke atas jenayah yang berlaku akibat dari penghapusan Akta ISA dan EO.
3 comments:
Antara 3 pengkhianatan Najib Razak terhadap orang Melayu/Islam:
1. Menggubal Education Act 1996 provision 21B yang effectively memperkasa sekolah Cina/Tami.
2.Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan yang berfungsi memperkasa ekonomi Melayu/Bumiputera
3.Menghapuskan ISA dan EO yang membolehkan orang Cina/India menghina dan mencabar kedudukan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu.
Ada 3 teori mengapa Najib bertindak sedemikian:
1. Najib adalah seorang yang berfahaman liberal dan tiada jatidiri Melayu/Islam
2. Najib termakan budi atas bantuan kewangan dari Taukeh2 Cina dalam laluan politiknya lantas perlu membalas budi ini
3. Najib merupakan proksi/agen pembangkang yang berkiblatkan kuasa Amerika/Yahudi serta orang Cina dalam menjatuhkan orang Melayu/Islam
Boikot barangan Cina.
Polis wajib tembak mati penjenayah pembunuh upahan ni. Tak perlu bagi peluang hidup sebabnya fuckatan akan membela pembunuh ini sehingga dibebaskan kerana kurang bukti.
Polis pun tak perlu kerja teruk sangat nak benteras jenayah tembak-menembak ni. Semuanya akibat balas dendam, rebut kawasan antara kongsi gelap dan melibatkan majoriti kaum pendatang.
yang bodoh kat sini adalah pemimpin no 1, PM kita Datuk Najib...yang bangang pegi ikut kata-kata pembangkang tu kenapa? dah takde modal sangat ke nak tadbir negara? kebodohan pemimpin sangat ketara akhir-akhir ni..silap aku undi BN itu hari...rupanya bodoh dia serupa lembu tak boleh nak dibentuk dah..pegi la mampus kerajaan najib...memang tak mampu pun nak handle negara...penakut, pengecut...
Post a Comment