Tuesday, November 1

gara-gara Kampung Buah Dada...


Gara-gara isu Kampung Buah Pala dan ‘Kampung Buah Dada’, ahli parlimen Bebas, Padang Serai N.Gobalakrishnan diarahkan keluar oleh oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat.
Ia berikutan perbalahan antara bekas MP PKR itu itu yang mencelah ucapan ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh yang menuntut satu perjelasan daripada speaker berhubung satu usulnya yang ditolak.
Usul berkenaan yang ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) adalah berhubung permohonannya kepada Dewan supaya mengambil tindakan ke atas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung satu tulisan di laman Twitter.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam twit menyokong tulisan beberapa blog dalam isu kononnya anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan mencabul kehormatan seorang wanita.
Khairy mengambarkan isu itu dengan sinis apabila mengatakan Kampung Buah Pala bertukar Kampung Buah Dada.
Kampung Buah Pala adalah perkampuingan tradisi masyarat India yang dirobohkan kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun pembangkang sebelum ini berjanji mempertahankan kampung itu.
Wan Junaidi mengarahkan Gobalakhrisnan keluar sehingga sesi petang kerana beliau enggan duduk dan berkeras menyatakan Karpal menghina masyarakat India kerana DAP tidak mengotakan janji pada 18 januari 2009 untuk tidak merobohkan kampung tersebut.
Gobala dalam sidang media kemudiannya terus mengecam Karpal dan DAP yang mempolitikan isu itu.
Katanya, samada Kampung Buah Pala atau Kampung Buah Dada, ianya tidak memberi apa-apa makna kepada penduduk India di kampung itu yang sudah diusir dan dipindahkan apabila perintah mahkamah mengosongkan tempat tersebut.
“DAP sepatutnya mengotakan janji tidak merobohkan kampung tradisi itu. Tak kira Rembau (Khairy) cakap atau tidak, ianya tidak beri makna kepada penduduk di sana,” ujar beliau.
Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berjanji mempertahankan kampung itu tetapi akhirnya isu itu dipolitik DAP semata-mata untuk menutup cerita ‘Kampung Buah Dada”.
Gobala berkata, beliau bangkit mempersoalkan Karpal kerana sebelum ini sudah berjanji mahu mempertahankan kepentingan masyarakat india di negara ini.
 
Beberapa ahli parlimen DAP yang mencelah isu itu menganggap Khairy menghina kaum wanita dengan istilah Kampung Buah Dada.AGENDADAILY.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive