Wednesday, November 2

LGE Buat Fitnah Lagi,Tetap Salahkan UMNO.


Dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya Umno terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan  membantah kepimpinannya DAP pada Isnin.dakwaan oleh LGE itu adalah ibarat "cakap ikut suka hati" kerana Ketua Menteri main tuduh tanpa mempunyai sebarang bukti.
Katanya Lim telah membuat tuduhan kononnya Umno terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).
Bernama melaporkan beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Lim ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
 polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.
Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.
Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning bertuliskan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Lim berkata beliau kini "mula gentar apabila golongan mat rempit" juga  menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh Umno kerana terdapat perkataan "LGE Rasis".
Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata Lim tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.
"Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional," katanya.
Sementara itu, seorang aktivitis sosial yang kecewa dengan Lim, bertindak berdiri dengan memegang kain rentang di depan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Tindakan Hii Tiong Huat, 60,  yang berdiri dengan memegang  kain rentang bertulis 'Tolak YB terima dua gaji ADUN dan MP; YB perlu full time' menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Hii menggesa Lim dan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga menjadi Anggota Parlimen agar menumpukan tugas mereka sebagai ADUN dan tidak tamak dengan memegang jawatan berganda.
"Jangan tamak pegang sampai dua atau tiga jawatan dan pada  masa sama menikmati faedah serta gaji yang banyak sedangkan gagal berkhidmat dengan berkesan," katanya 
Hii. yang berasal dari Sarawak, berkata Lim tidak seharusnya memegang terlalu banyak portfolio dalam kerajaan negeri  kerana ia menjejaskan jentera pentadbiran kerajaan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive