DAP kononnya akan meletakkan seorang calon melayu mewakili parti itu di Pilihan Raya Umum akan datang. Calon tersebut adalah pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bernama Zairil Khir Johari. Apa yang menjadi persoalan saya, adakah Zairil ini seorang Melayu? Layakkah dia dipanggil Melayu?
Saya telah mencari pelbagai maklumat mengenai Zairil di internet tetapi hasil yang saya perolehi adalah Zairil hanyalah anak tiri kepada bekas pejuang UMNO iaitu Khir Johari. Ini bermakna, dia hanyalah anak tiri kepada Khir Johari. Ibunya seorang Cina dan bapanya tidak diketahui.
Adakah kerana dia anak tiri kepada Khir Johari maka dia boleh dilabelkan sebagai seorang Melayu? Bukannya saya bermaksud rasis di sini tetapi sikapnya sama sekali tidak mencerminkan seorang Melayu. Apatah lagi dia seakan memperkecilkan parti UMNO yang menjadi perjuangan bapa tirinya itu.
Secara tidak langsung, Zairil memalukan nama besar Tan Sri Khir Johari. Jasa bapa tirinya itu terlalu besar kepada parti UMNO. Amatlah memalukan apabila dia yang hanya merupakan anak tiri Khir Johari cuba mengaibkan nama baik tokoh berkenaan.
Saya amat berharap, sekiranya Zairil ingin berkecimpung di dalam dunia politik, berdirilah atas kaki sendiri dan jangan sesekali menggunakan nama Khir Johari sebagai landasan untuk dia mencari populariti murahan dalam kancah politik.
Jangan mencari jalan pintas untuk terkenal. Perjuangan Zairil dan bapa tirinya jauh berbeza, oleh itu, jangan sesekali mengaitkan nama Khir Johari dalam arus politik yang dibawanya.
Saya juga berharap agar ada anak-anak kandung Khir Johari yang bersuara dan menghentikan perbuatan Zairil ini. Berpolitiklah dengan betul.
Halijah Ahmad
No comments:
Post a Comment