Wednesday, November 9

PDRM Kereta Peronda Baru.

Tahniah kepada PDRM kerana telah mendapat kereta peronda baru dari pihak NAZA  WORLD BHD.Pada Majlis penerimaan 3 kereta peronda dirasmikan oleh DS HishammuddinH20.Cantik dan bergayalah anggota PDRM lepas nie.diharap selepas ini segala tugas yang diberi dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan efisen.inilah tranfomasi kerajaan BN untuk memperkasakan KDN dan PDRM.

KDN memberi tumpuan khusus terhadap usaha membasmi jenayah di negara ini bagaimana usaha memerangi jenayah dilaksanakan.
 kemajuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.

NKRA, seperti pengerahan semula para pegawai polis daripada tugas-tugas bukan teras kepada tugas-tugas kepolisan serta balai polis bergerak kami.

Di bawah Makmal Jenayah, lebih kurang 55 inisiatif telah dikenal pasti bagi membantu mencapai sasaran untuk menurunkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada 2010.
hampir kesemua 55 inisiatif berkenaan telah dilaksanakan di pelbagai peringkat dan telah menghasilkan pencapaian ketara daripada segi penurunan indeks jenayah.

Sebagai contoh, pemantauan yang kami buat secara suku tahunan (membandingkan pencapaian dalam tempoh suku tahun dengan tempoh suku tahunan asas iaitu suku kedua 2009), kami dapati di seluruh negara, indeks jenayah telah mencatat penurunan yang menggalakkan iaitu lebih kurang sebanyak 15.1 peratus, manakala jenayah jalanan pula menurun sebanyak 39.6 peratus.

Penurunan kadar jenayah ini juga menjadi bukti tentang keberkesanan strategi dan pendekatan

KDN dalam memerangi jenayah. Sebagai langkah pertama, KDN menganalisis statistik bagi mengenal pasti 50 kawasan yang paling banyak berlaku kes jenayah, yang kami labelkan sebagai titik panas. Kemudian, kawasan ini dipecahkan mengikut balai polis.

Selepas itu, makmal berkenaan akan menggubal kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh bagi memerangi jenayah yang meliputi bidang seperti pencegahan, pendakwaan, hukuman dan pemulihan.

Daripada segi pelaksanaan, KDN juga telah melaksanakan inisiatif bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan di jalan-jalan raya.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive