JAKARTA - Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandarMalang, Jawa Timur, malam tadi.
Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti
Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan
ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.
Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia
sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis
Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.
Pereira berasal dari Klang, Selangor.Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, LudinataMisnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.
Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah
itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya. - BERNAMA
Ulasan Google Pixel 11 Pro Fold – Si Lipat Yang Lewat dan Lemah
-
Google Pixel 11 Pro Fold dilancarkan minggu lepas dengan cip lebih terkini,
sistem operasi paling baharu dan sistem lampu HiLight. Dengan beberapa
inovasi ...
No comments:
Post a Comment