Friday, October 21

Berita Panas;Komtar Kecoh Buah Dada Punya Pasal.



Sebentar tadi selepas solat jumaat satu demo membantah kekejaman kerajaan DAP yang diketuai oleh Bapak pegang Nenen LGE.Demo kali ini membantah penindasan oleh DAP kepada orang melayu di pulau pinang.


Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai.
Mereka terdiri anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat.
Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat.
MKP akan up-date gambar dan video pada tampalan seterusnya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive