Friday, October 21

Ustaz Zul Kasi Gamat Skit.



Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas) menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin dengan dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, kelmarin.

Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.

Sebelum itu, Zulkifli mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid.

Katanya, dari segi umur, setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira mumayyiz dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka.

"Tetapi dalam hudud PAS akan dilaksanakan setelah berumur 18 tahun. Ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu mumayyiz iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun," katanya.

Kesalahan-kesalahan seperti itu, katanya, sengaja dilakukan oleh para pemimpin PAS untuk membolehkan enakmen tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana akan ditolak oleh Umno bagi meraih kepentingan politik.

Dakwaan-dakwaan tidak berasas beliau memaksa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR bangun menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang sengaja dicetuskan itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Beberapa orang ahli Parlimen dari BN pula termasuk dari Kinabatangan turut bangun mempertahanlkan Zulkifli, manakala Zulkifli sendiri enggan memberikan laluan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjelaskan kebenaran.

Sikap mereka menyebabkan persidangan menjadi semakin kecoh sehingga tamat tempoh masa Zulkifli dibenarkan berucap.

MKP Kata:Eloklah PAS nie dok buat hukum hakam ikut suka hati depa saja demi kepentingan politik sempit mereka.Fikirkanlah apa yang depa buat lagi jika mendapat putrajaya?????????????????

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive