Bila masa pulak LGE nie jadi TIGER pulak dah,Pening kepala la bapak nenen nie lepas satu-satu tukaq nama la pulak dah.Projek Tiger isu terbaru yang dibangkitkan pada sidang DUN kali nie,Nie dia yang YB yang paling lancang dalam sidang DUN,Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim dah kantoikan bapak nenen kali nie!!!!!!rakyat Pulau pinang perlu tahu apa yang bapak nenen nie dok kencing rakyat.umno-online dah kena sembilan Lapor polis Oleh DAP berikut apa artikel yang didalam laporan Polis bertajuk, 'Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam' ; 'Isu Cabul : Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Sial Moral??' ; 'Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit' ; 'Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit' dan artikel siaran suratkhabar harian Cina, Guang Ming Daily pada 21 Oktober (Guang Ming Daily bagaimanapun telah menafikan kewujudan laporan berkenaan).
Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa "kejayaan" kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Isnin.
"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?" kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.
Isnin lepas, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.
Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.
"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.
Azhar berkata bahawa setelah lebih tiga tahun berlalu, masih banyak janji kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang belum dilaksanakan.
"(Kerajaan negeri) pernah janji nak wujudkan Tiger Park, mana dia? Sampai sekarang tak ada apa.
"Heboh kata syarikat Korea akan melabur kira-kira RM300 juta untuk buat padang golf di Batu Kawan. Hilang...sampai sekarang tak bunyi-bunyi dah," katanya.
Azhar juga berkata beliau masih menunggu bila anggota exco kerajaan negeri akan mengumumkan aset masing-masing seperti yang dijanjikan.
"Dah tiga tahun enam bulan berlalu, borang tak siap lagi?" katanya.
No comments:
Post a Comment