Monday, October 17

Depa Dah dapat Hidayah Yang Lain bila Lagi


Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi hidayah kepada yang lain supaya mengikut jejak rakan-rakan mereka menyertai BN dan UMNO.Ternyata PAS Kedah hanya pandai menabur janji kosong dan tidak mampu menunaikan permintaan rakyat.PAS dilihat mengunakan agama untuk meraih undi dan memnipulasi keadaan supaya pengundi menyokong mereka.ternyata pembohongan mereka akhirnya terbongkar jua,Tahniah MKP ucapkan kepada yang telah sedaq dan yang lain bila lagi nak berubah.

Umno Bahagian Padang Terap memaklumkan ramai ahli Pas di kawasan berkenaan bakal menyertai parti itu pada masa depan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim berkata, beliau menerima banyak laporan yang menyatakan keinginan ahli Pas untuk menyertai Umno dan yakin kemasukan 35 ahli Pas Cawangan Kampung Baru Padang Chenderai, Padang Sanai membuktikan perkara itu.

Menurutnya, disebabkan kecewa dengan perjuangan Pas mereka keluar dengan rela hati untuk menyertai Umno yang selama ini sentiasa berjuang membela nasib rakyat.

“Terima kasih atas kesedaran ini dan yakin dengan kemasukan bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), Setiausaha MKK dan ahli Pas yang terbuka hati menyerah borang dan bersama Umno. Lepas ini saya yakin akan ada lagi kemasukan ke dalam Umno selepas Kampung Tandop Besar, Kampung Bukit Buloh dan terbaru Kampung Baru Padang Chenderai, Padang Sanai.

“Saya banyak menerima laporan mengenai keinginan orang Pas dan mereka yakin hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib mereka,” katanya selepas menerima borang keahlian Umno daripada 35 ahli Pas dan 30 belia, di sini.

Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim; Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Terap, Badrol Hisham Hashim; Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Terap, Che Arpah Ariffin dan Ketua Puteri Umno Bahagian Padang Terap, Zurina Zakaria.

Ghazali yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri menyatakan bahawa mereka dengan rela hati menyertai Umno tanpa ada paksaan oleh pihak tertentu.

Bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Baru Padang Chenderai, Md Rejab Puteh berkata, beliau yang sebelum ini menyertai Pas sejak 12 tahun lalu menyertai Umno bukan disebabkan kebendaan semata-mata.

Beliau yang dilucutkan jawatan sebagai MKK tiga bulan lalu mendakwa Kerajaan Negeri gagal melaksanakan janji yang ditabur sebelum ini.

“Selama 12 tahun saya mengikuti perjuangan Pas dan mengikuti setiap ceramah yang dianjurkan, nyata apa yang dijanjikan gagal ditunaikan,” katanya.

Setiausaha MKK Kampung Baru Padang Chenderai, Hamzah Lebai Saman nyata tidak kesal dengan tindakan yang diambilnya malah, mengakui isu tanah di Padang Sanai yang gagal diselesaikan Kerajaan Negeri menjadi satu daripada punca ahli Pas meninggalkan parti itu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive