Tuesday, October 25

Mana Transformasi BN Dalam Penguasaan Alam Maya?



1. Berapa ramai ahli-ahli Yang Berhormat (YB) Barisan Nasional dapat menyalurkan maklumat secaratimeline sewaktu dewan sedang berlangsung?

2. Apabila YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2010 yang lalu, penguasaan media sosial dan interaktif adalah penting bagi berhubung dengan rakyat secara pantas dan lebih penting adalah tanpa birokrasi yang menyusahkan, adakah ianya dipandang enteng oleh sebahagian besar ahli-ahli politik BN?




 3. Berapa ramai pula ahli-ahli politik yang dapat menyalurkan maklumat berguna dan terkini dengan editing yang memenuhi kemahuan rakyat? Ataukah ahli-ahli politik hanya sekadar syok sendiri dengan jadual harian dan gambar-gambar mereka memenuhi media-media sosial (jika ada) mereka seperti facebook, twitter, portal, blogs dan sebagainya?

4. Jika terdapat ahli-ahli politik dari BN yang menyalurkan maklumat yang amat berguna kepada ahli yang lain, adakah ianya hanya disimpan di dalam 'laci' atau 'poket' mereka tanpa memetiknya untuk diguna-pakai bagi tujuan makluman dan hebahan? Atau sememangnya ahli-ahli di bahagian-bahagian tidak tertarik dengan faktor-faktor sebegini sebaliknya hanya sensasi dengan berita-berita seks, skandal, moral & akhlak sahaja yang sebenarnya hanya efek kepada sipelaku namun kepada rakyat keseluruhan, mereka tidak merasa apa-apa melainkan perkara-perkara yang terkait dengan mereka (rakyat) sendiri seperti ekonomi, harga barangan, penyalah-gunaan wang kerajaan yang juga merupakan wang hasil kutipan cukai rakyat?


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive