Ternyata sepadai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua!!!!!!LGE sebenarnya telah termakan umpan yang dipasang oleh blogger Pro BN yang hanya meletakkan gambaq orang lain bukanlah mangsa yang sebenar.Nak pecah lubang nama sebenar perempuan tersebut ialah seorang gadis warga Britain Anya Sun Corke,21 tahun yang tiada kena mengena dengan Penang ternyata Lim kit siang dan malam Lim Guan eng dan Ramas Lim serta sekutu dengannya yang paling best malaysiakini susan loong dan portal milik pembangkang telah kena libas maut punya.
Sejak bila pula pembangkang pandai bercakap soal moral, tidak bertamadun serta mengutuk politik keji.Bukankah sebelum ini mereka boleh dianggap menjuarai politik seumpama itu seperti penyebaran gambar palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya bersama wanita Mongolia, Altantuya Sharibu, serangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai kutukan dan sebagainya lagi yang boleh dilihat sebelum ini.
tindakan pembangkang yang sebelum ini terkenal mengherdik dan mencerca kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan apa jua perkara yang boleh dijadikan bahan.Dan masih ingatkah kita pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dahulu apabila calon BN, Rohaizat Othman diserang dengan pelbagai berita yang tidak munasabah termasuk bahawa beliau mempunyai isteri lain dan pecah amanah serta pelbagai dakwaan lain.
Namun bila terkena batang hidung sendiri serangan sedemikian rupa, mereka dilihat mula menggelabah dan menjadi tidak tentu arah serta pandai pula menyifatkan perkara sedemikian rupa menjijikkan.Pada waktu dan saat mereka mempunyai peluang sedemikian rupa, apakah mereka tidak terfikir apa yang diungkapkan hari ini. Saya tidak kata kontroversi yang menimpa Lim Guan Eng hari ini betul atau tidak, namun menyerlahkan pembangkang juga rupa-rupanya mempunyai perasaan
Hari ini mungkin hari kita namun esok dan lusa belum tentu lagi akan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Jadi janganlah kita sewenang-wenangnya membuat pelbagai tuduhan kepada pihak lain kerana satu hari nanti kerana mungkin benda yang sama akan menimpa kita.
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
No comments:
Post a Comment