Thursday, October 6

JPN perjelas isu pengeluaran kad pengenalan



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu yang kononnya terdapat dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia turut berkata tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan kerana JPN hanya mengeluarkan kad berkenaan kepada mereka yag benar-benar layak berdasarkan peruntukan perundangan negara.

"Adalah ditegaskan bahawa JPN tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu dan sebaliknya hanya membekalkan rekod sahih sahaja kepada SPR untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih," kata JPN dalam satu kenyataan hari ini.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini dilapor telah menghantar memorandum kepada JPN mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan membabitkan dua perkara utama iaitu penggunaan kod negara "71" dan kad pengenalan palsu dalam DPI.

JPN berkata dakwaan yang dibuat pihak berkenaan melalui memorandum itu adalah tidak benar.

Menjelaskan isu individu yang didakwa mempunyai nama yang sama dan memiliki nombor kad pengenalan hampir sama, JPN berkata rekod jabatan menunjukkan sembilan daripada 10 nama disahkan merupakan individu berlainan berdasarkan gambar dan cap jari yang berbeza.

"Mereka mempunyai persamaan hanya pada nama dan tarikh lahir sahaja. Individu ke-10, Azinah binti Mohd Fazin (800820-02-5150) tiada rekod di jabatan ini," kata kenyataan itu.

JPN menjelaskan kod negara “71” yang terdapat dalam nombor pengenalan diri digunakan mulai 1990, dan pada masa itu kod khusus bagi setiap negara luar masih belum diwujudkan dengan hanya kod negara 71 diguna pakai bagi semua kelahiran warga Malaysia dan pemastautin tetap Malaysia di luar negara.

"Mulai 2001, kod negara secara khusus bagi pengenalpastian negara kelahiran individu diwujudkan bertujuan membezakan kod kelahiran individu di luar negara," kata JPN, sambil menambah nombor pengenalan diri yang dikeluarkan menggunakan kod negara 71 sebelum ini, adalah sah dan terpakai bagi pemilik sedia ada.

Nombor pengenalan diri 12 digit pada kad pengenalan mula digunakan pada 1990 dan merupakan kombinasi antara tarikh lahir, kod negeri/negara tempat lahir serta nombor siri janaan komputer bagi menjadikan nombor tersebut unik dan tiada pertindihan.

Senarai kod-kod negara luar yang dimaksudkan boleh dilayari melalui portal rasmi JPN, www.jpn.gov.my

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive